web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Bukti Serangan Hendap Di Narathiwat, Dilakukan Dari Malaysia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 3:48PM

Anggota Batalion Ke-9 Pasukan Gerakan Am (PGA9) membuat kawalan keselamatan di Pos Pengkalan Pulau, Rantau Panjang. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis Kelantan memperketatkan kawalan di sempadan negara susulan insiden serangan ke atas Pos Operasi Tempur Kompeni Renjer Thailand di sebuah pos kawalan di Tak Bai, Narathiwat awal pagi semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, ia termasuk siasatan di pangkalan haram Ikan Kering di Rantau Panjang, yang didakwa digunakan pemisah Thailand untuk melancarkan serangan terbabit.

Menurut beliau, pihaknya turut menafikan dakwaan bahawa serangan itu dilancarkan dari tebing sebuah sungai di Malaysia.

“Dakwaan tersebut tidak mempunyai asas yang kukuh, malah tiada bukti dilkemukakan tentera Thailand dalam perkara ini.

“Kita sudah menjalankan siasatan di lokasi namun tidak menemui 
sebarang bentuk bukti iaitu kelongsong peluru dan kesan tembakan di lokasi berkenaan," katanya di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Shafien berkata, jarak lokasi kejadian di antara pos tentera Thailand dengan pangkalan Ikan Kering itu hanya sekitar 40 meter.

“Impak serangan iaitu bunyi tembakan dan letupan bom didengari di beberapa kampung di sebelah Malaysia iaitu Kampung Kubang Pak Itam, Kampung Meranti, Kampung Bakong dan Kampung Jeram Perdah.

"Kejadian itu dipercayai berlaku selama 45 minit dan meragut nyawa seorang anggota renjer serta mencederakan empat yang lain,” katanya.

Media semalam melaporkan, seorang anggota renjer maut manakala empat lagi parah dalam satu serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah pos kawalan di Tak Bai, Narathiwat pada jam 2.20 pagi  (waktu tempatan).

Komander Tentera Bahagian Ke-4m Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak berkata, kumpulan lelaki bersenjata itu melontar sekurang-kurangnya 10 butir bom paip dan melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah pos kawalan itu yang dikawal lapan anggota renjer. – Getaran, 4 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad