web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Syed Saddiq Didakwa Lagi Esok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 8:29PM

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman - Gambar fail

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Johor Bahru esok, bagi berdepan pendakwaan atas pengubahan wang haram.

 Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) seperti dipetik portal Free Malaysia Today (FMT) berkata, pertuduhan terbabit berkait rapat dengan dua pertuduhan yang dikenakan ke atasnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur 22 Julai lalu.

Menurut laporan itu, pertuduhan akan dibuat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA).

Mantan Menteri Belia dan Sukan itu pada 22 Julai lalu dituduh melakukan penyelewengan dana berjumlah RM1 juta tanpa mendapat kebenaran daripada Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), yang didakwa dilakukan 6 Mac 2020.

Bagi pertuduhan kedua pula, Syed Saddiq, dituduh secara curang menyalahgunakan wang sumbangan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebanyak RM120,000 yang dikutip melalui akaun milik Armada Bumi Bersatu Enterprise, antara 8 hingga 21 April 2018.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 405, Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. – Getaran, 4 Ogos 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut