web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: 257 Kematian Tertinggi Pernah Direkodkan Setakat Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 9:40PM

Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mencatatkan jumlah kematian harian tertinggi hari ini sejak penularan COVID-19 di negara ini dengan 257 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata pertambahan kes itu menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini sebanyak 9,855 kes atau 0.83 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Beliau berkata kes kematian itu melibatkan 226 warganegara manakala 31 lagi warga asing, dengan 236 daripadanya meninggal dunia di hospital dan 21 orang lagi di rumah (BID), sekali gus mengatasi angka kematian tertinggi sebelum ini yang dilaporkan pada 2 Ogos iaitu 219 kematian.

"Sebanyak 91 kes kematian berkenaan dilaporkan di Selangor, 74 kes di Kuala Lumpur, 25 di Johor, 24 di Melaka, masing-masing sembilan kes di Negeri Sembilan dan Perak, lapan di Kedah, enam di Sabah, empat kes di Terengganu, masing-masing tiga kes di Pulau Pinang dan Kelantan serta satu kes di Pahang," katanya dalam kenyataan situasi semasa COVID-19 hari ini.

Dr Noor Hisham berkata daripada 19,819 kes baharu hari ini, sebanyak 375 kes atau 1.9 peratus adalah daripada kategori tiga, empat dan lima manakala selebihnya 19,444 kes atau 98.1 peratus terdiri daripada kategori satu dan dua.

"Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosis COVID-19. Ada antara kes kekal pada kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

"Secara keseluruhan, hanya 3,592 kes atau 18.1 peratus daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19," katanya.

Kategori lima ialah kes kritikal dan menggunakan bantuan pernafasan, kategori empat (memerlukan bantuan oksigen), kategori tiga melibatkan radang paru-paru serta kategori dua dan satu masing-masing bergejala ringan dan tiada gejala.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham memaklumkan 1,069 pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 553 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan. 

Kes sembuh dicatatkan dalam tempoh 24 jam lepas pula adalah 12,704 menjadikan jumlah kes pulih sepenuhnya di negara ini sebanyak 962,733 kes manakala kes aktif kini 210,522 kes.

Mengenai 35 kluster baharu yang dikesan hari ini, beliau berkata 20 daripadanya melibatkan penularan dalam komuniti, 14 kluster tempat kerja dan satu kluster keagamaan.

Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 (R-naught atau Rt) dalam negara sehingga semalam kekal 1.07.

Beliau berkata negeri yang mencatatkan nilai Rt yang tertinggi ialah Kelantan iaitu 1.31, diikuti Terengganu (1.27) dan Perak (1.24).

"Semua negeri mencatatkan Rt melebihi 1.0 kecuali Negeri Sembilan, Perlis dan Wilayah Persekutuan Labuan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut