web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Insiden Pesakit Duduk Di Lantai - HTAR

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 7:19AM

Bagunan Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Tengku Ampuan Rahimah. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pandemik COVID-19 yang membelenggu negara sejak awal tahun lalu secara realitinya memberi impak cukup besar kepada peradaban manusia, khususnya ke atas sektor kesihatan.

Dalam hal ini Malaysia tidak berkecuali, apabila negara berdepan kemaraan gelombang yang cukup dahsyat, dengan jangkitan kes semakin meningkat setiap hari.

Senario ini menyebabkan sistem kesihatan hampir lumpuh, apabila semua hospital dibanjiri pesakit, termasuk di Unit Rawatan Rapi yang lazimnya lengang dan hanya dipenuhi pesakit berstatus kritikal.

Majoriti hospital utama negara berdepan lambakan pesakit, malah ada yang terpaksa menolak kes dianggap sebagai tidak kritikal, bagi memberi ruang dan fokus kepada komplikasi dibawa oleh COVID-19.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang misalnya, pernah menimbulkan kegemparan apabila beberapa foto baru-baru ini tular di media sosial, memaparkan puluhan, atau mungkin ratusan pesakit ‘tersadai’ di luar Jabatan Kecemasan (ED), menanti untuk dirawat.

Ia gara-gara kapasiti ED hospital yang mencecah tahap maksimun, akibat peningkatan kes COVID-19 di Selangor.

Terbaru, gambar seorang pesakit, dipercayai turut dijangkiti virus maut itu yang terpaksa duduk di atas lantai hospital berkenaan berlegar di Twitter, sekali gus meraih simpati orang ramai.

Dakwaan itu bagaimanapun pantas dinafikan Pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi dalam satu hantaran di Facebook.

Kata beliau, siasatan pihaknya mendapati, tiada kejadian seumpama itu dilaporkan berlaku di HTAR, melibatkan pesakit yang terpaksa duduk di atas lantai, hanya beralaskan kadbod di mana-mana kawasan di Jabatan Kecemasan dan Trauma.

"Untuk makluman, sekiranya tiada katil yang mencukupi untuk menampung jumlah mereka, pesakit akan diletakkan di kerusi atau kerusi roda buat sementara waktu," katanya.

Jelas Dr Zulkarnain, pesakit COVID-19 yang dipindahkan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma ke wad sementara bertempat di Kompleks Rawatan Harian (ACC) pula berada dalam keadaan selesa kerana dilengkapi penyaman udara.

"Malah, jabatan berkenaan kini sedang menunggu pembukaan hospital lapangan di HTAR dalam beberapa hari lagi bagi menampung jumlah pesakit Covid-19 yang agak ramai," katanya.

Kenyataan daripada HTAR itu turut dikongsi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di akaun Twitter rasmi kementerian, yang menafikan berlaku kejadian seperti didakwa.

Penafian tersebut bagaimanapun menimbulkan tanda tanya apabila selang beberapa jam, seorang netizen dikenali sebagai James Raj mempersoalkan kenyataan tersebut.

Tangkap layar ciapan James Raj yang mempersoalkan kenyataan penafian HTAR.
Tangkap layar ciapan James Raj yang mempersoalkan kenyataan penafian HTAR.

Menggunakan akaun @Nilai_James, beliau dalam satu ciapan menegakkan kebenaran insiden berkenaan.

“Apa yang tak benar! Ini di HTAR. Itu kakak saya! Dan yang di lantai pesakit COVID-19!,” katanya menerusi satu ciapan, sambil turut berkongsi foto seorang pesakit terbaring di atas lantai di HTAR.

Perkongsian tersebut menimbulkan simpati ramai, malah mendorong netizen mendesak KKM dan HTAR agar lebih telus dalam membuat kenyataan.

Sebuah portal berita dalam laporannya kelmarin pula mendakwa, HTAR mengalami kekurangan bekalan dan peralatan perubatan di paras kritikal, sehingga menimbulkan kemarahan doktor bertugas.

Ia nyata bercanggah dengan siri kenyataan dibuat pengurusan HTAR, yang memberi gambaran bahawa hospital terbabit sebenarnya ‘baik-baik sahaja’.

Dengan penyebaran pelbagai foto di media sosial sebelum ini, jelas wujud percanggahan maklumat atau fakta, sekali gus memberi bayangan, ada sesuatu yang mungkin cuba disembunyikan pihak berkaitan.

Realitinya, HTAR mungkin lebih indah khabar dari rupa. - Getaran, 5 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Beban Tugas: KKM Pusat, Negeri Telah Diarah Lihat Semula Sumber Tenaga - Menteri

2

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Kesihatan Raja Harald V Semakin Baik - Istana Norway

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Raghad Nafi Bawa Keluar Abdul Taib Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad