web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hantar Petisyen Pada Agong, Usaha Akhir Selamatkan Perniagaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 10:09AM

MBBA memohon supaya kedai gunting dibenarkan beroperasi dengan SOP yang ketat, bagi memastikan mereka meneruskan kelangsungan hidup. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan Penggunting Rambut Bumiputera Malaysia (MBBA) bercadang menghantar petisyen kepada Yang di-Pertuan Agong dalam usaha memohon kebenaran untuk beroperasi dengan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ketat yang ditetapkan.

Presidennya, TN Winda Tahir berkata, meskipun orang ramai berasa bimbang dengan peningkatan kes COVID-19, namun temu janji tukang gunting untuk perkhidmatan dari rumah ke rumah turut meningkat.

''Hakikatnya temu janji ke rumah berlaku di mana-mana. Ini jauh lebih membimbangkan kerana ia berlaku di luar kawalan.

''Potong rambut adalah satu keperluan dan sebahagian daripada kebersihan diri, justeru persatuan terpaksa menggunakan alternatif ini kerana tidak mahu wujud kluster baru akibat persekitaran yang tidak terkawal ,'' katanya salam satu kenyataan.

Winda berkata, salon kecil tidak mempunyai pilihan lain dan mereka terpaksa membuka operasi untuk memastikan kelangsungan perniagaan.

''Kami tidak boleh bertahan lagi dan kami tidak mahu melihat rakan-rakan dalam industri ini menutup operasi.

''Keadaan ini hanya akan menjadi lebih buruk dan ramai yang akan kehilangan pekerjaan,'' katanya, lapor The Vibes.

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. MBBA telah menghantar beberapa surat rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri serta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membenarkan industri gunting rambut beroperasi dengan SOP yang ketat.

Beliau berkata, yang terbaru adalah dengan menghantar surat kepada kerajaan semalam, tetapi tidak berjawab.

Menurut Winda, mereka tidak mempunyai pilihan lain dan menghantar petisyen kepada Agong merupakan usaha terakhir untuk tukang gunting rambut menyelamatkan perniagaan mereka. - Getaran, 6 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Kedai Tutup Dek Pandemik, Jejaka Ini Ambil Langkah Drastik!

2

TARA 3 tahun yang lalu

Jualan Kopi Rezeki Pandemik Pemilik Kedai Gunting Rambut

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad