web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usul Undi Percaya: Muhyiddin Tak Bimbang, Sedia Hadapinya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 12:46PM

Muhyiddin melihat barangan sumbangan yang akan diagihkan kepada penduduk pada majlis Sumbangan Makanan Basah dan Bakul Prihatin kepada Penghulu-Penghulu di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Raya, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MUAR - Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata usul undi percaya kepada Perdana Menteri adalah perkara biasa dan beliau tidak takut atau bimbang untuk menghadapinya semasa sidang Parlimen bulan hadapan bagi membuktikan beliau masih memiliki sokongan majoriti Ahli Parlimen.

"Betul, usul undi percaya kepada Perdana Menteri itu biasa dibuat untuk Parlimen tetapi yang harus difikirkan ialah soal situasi dan keadaan semasa.

"Apakah negara boleh hadapi masalah sebegini dengan apa-apa rombakan pertukaran dan suasana politik yang nanti kalut? Saya tidak kata saya ramal begitu...yang mungkin boleh jejas ialah Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan langkah-langkah saya sebut awal tadi, vaksinasi dan sebagainya," katanya kepada pemberita di pejabat pentadbiran penghulu mukim Sungai Raya, di sini hari ini.

Justeru, Muhyiddin berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan pertimbangan Ahli Parlimen mengenai perkara yang sewajarnya mereka lakukan.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempersoalkan sokongan majoriti Muhyiddin dan sidang Parlimen yang perlu dibuat September nanti.

Muhyiddin berkata keputusan untuk mengemukakan undi percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen telahpun dipersetujui dan diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

"Saya nak nyatakan bahawa saya sudah menghadap Tuanku yang saya dah maklum pada negara beberapa hari lepas bagi membincangkan soal itu dan ia berlangsung dalam suasana baik dan harmoni hampir sejam.

"Kita bincang banyak perkara antaranya isu soal sama ada saya memiliki jumlah bilangan sokongan yang mencukupi. Saya yakin sehingga hari ini (ada majoriti) walaupun ada pengumuman-pengumuman dibuat pihak tertentu yang kononnya tak menyokong saya.

"Mungkin depan macam itu tapi belakang (mereka) mungkin tak tahu. Ini masalah politik sebab tu Seri Paduka Baginda pun berkenan (untuk bawa ke Parlimen). Jadi nak selesaikan perkara itu kita bawa ke Parlimen," katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan bakul makanan dan makanan segar kepada Penghulu Parlimen Pagoh untuk diagihkan kepada masyarakat masing-masing. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut