web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


65 Peratus Kes COVID Selangor Tidak Bergejala - Pengarah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 1:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hampir 65 peratus kes COVID-19 yang direkodkan di Selangor disahkan tidak memiliki sebarang gejala dan hanya 35 peratus lagi dikesan menunjukkan simptom penyakit.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata, 40 peratus jangkitan daripada jumlah itu pula diakibatkan oleh kontak rapat, yang juga penyumbang terbesar kes di negeri berkenaan.

Sektor perkilangan, perkhidmatan, tapak pembinaan, perniagaan dan komuniti katanya, adalah pencetus penyebaran tertinggi kes di Selangor setakat ini.

“Kami juga melihat adakah kluster ini berpunca daripada sambutan Aidiladha.

"Namun apabila dikaji, ia bukan disebabkan oleh perayaan itu, sekali gus membuktikan bahawa rakyat negeri ini sememangnya mematuhi semua peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya pada sidang media khas Kementerian Kesihatan pagi ini.

Dalam perkembangan lain, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Chong Chee Kheong dalam sidang sama berkata, peningkatan kes harian yang melepasi 20,000 berpunca daripada kesan terkumpul sejak sebulan lalu.

Katanya, antara lain kesan kumulatif itu turut disumbangkan oleh keputusan kerajaan melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pembukaan lebih banyak sektor ekonomi.

“Pergerakan segelintir masyarakat merentas daerah serta negeri dikenal pasti antara penyumbang kepada peningkatan kes sejak kebelakangan ini,” katanya.

Beliau menarik perhatian, Malaysia bakal berhadapan gelombang ketiga COVID-19 yang membawa bersama varian baharu virus.

Katanya, 409 jujukan jenis varian yang membimbangkan (VOC) sudah dikesan sehingga 22 Julai lalu, menerusi pelaksanaan 1,668 jujukan genome virus.

“Jangkitan utama di Lembah Klang adalah disebabkan varian Delta dan usaha untuk melandaikan perlu mengambil masa kerana kadar kebolehjangkitannya berbeza,” katanya. - Getaran, 6 Ogos 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut