web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19, Ketua Pemuda Amanah Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Aug 2021 5:21PM

Shazni Munir Mohd - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda AMANAH, Shazni Munir Mohd Ithnin menghembuskan nafas terakhir hari ini, selepas berada dalam keadaan kritikal akibat COVID-19.

Khabar sedih itu diumumkan parti berkenaan menerusi satu hantaran di Facebook rasmi AMANAH jam 2 petang tadi.

Allahyarham Shazni Munir meninggalkan seorang balu dan tiga anak yang masih kecil.

Ketua Pembangkang, Datuk Sri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan di Twitter turut melahirkan rasa dukacita atas pemergian Allahyarham Shazni.

"Mewakili KEADILAN, saya utus takziah kepada keluarga atas kehilangan Shazni Munir. 

"Saya ikut berdukacita dan mendoakan keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan saat ini. Semoga rohnya diberi keampunan serta ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman," katanya dalam ciapan tersebut.

Sementara itu, DAP dan beberapa pemimpin pembangkang lain turut melahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham.

"Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Saudara Shazni Munir, Ketua Pemuda Pakatan Harapan. Pemergian Saudara Shazni Munir adalah satu kehilangan besar buat kami," kata jurucakap DAP.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik turut tidak ketinggalan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Shazni.

"Berita duka menyapa. Takziah buat Shazni Munir, semoga ditempatkan bersama para Salihin.

"Semoga keluarga arwah bertabah," kata Mantan Menteri Pendidikan itu.

Shazni Munir, 34, mula berada dalam keadaan kritikal 24 Julai lalu, selepas dijangkiti COVID-19 pertengahan bulan. - Getaran, 6 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut