web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Walk-In' Vaksinasi Untuk Golongan Khas Diperluas Ke Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 1:13PM

Vaksinasi walk-in ini dikhususkan untuk kumpulan tertentu iaitu warga emas, OKU dan individu dengan komorbid berusia 18 tahun ke atas. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Inisiatif vaksinasi jumpa terus atau walk-in yang sedang dilaksanakan di Lembah Klang akan diperluaskan ke pusat pemberian vaksin (PPV) awam di seluruh negara untuk golongan khas dalam masa terdekat, menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (CITF).

CITF memaklumkan vaksinasi jumpa terus tanpa janji temu itu dikhususkan untuk kumpulan tertentu iaitu warga emas, orang kurang upaya (OKU), individu dengan komorbid berusia 18 tahun dan ke atas, individu yang terlepas suntikan dos kedua serta guru, anggota kumpulan pelaksana dan pekerja perkhidmatan sokongan kontrak di institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM).

Menurutnya, individu yang terlepas suntikan dos kedua boleh pergi ke mana-mana PPV yang berhampiran dengan kediaman dan sekiranya PPV tersebut tidak menawarkan vaksin daripada jenis yang sama dengan dos pertama mereka, mereka akan dirujuk ke PPV lain.

"Perincian pelaksanaan vaksinasi secara walk-in akan dimaklumkan oleh CITF Negeri bersama Jabatan Kesihatan Negeri masing-masing. Ini termasuklah penjadualan vaksinasi dan kuota harian vaksinasi secara walk-in di PPV bagi setiap negeri," menurutnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

CITF memberitahu jumlah walk-in harian adalah bergantung kepada kapasiti bekalan vaksin di PPV dan bagi individu yang tidak berpeluang mendapat vaksinasi pada hari tersebut ekoran kehabisan bekalan vaksin di PPV, nama mereka akan disenaraikan sebagai keutamaan untuk mendapatkan vaksinasi pada keesokannya.  

Jelasnya, inisiatif walk-in kepada warga emas telah dimulakan di Perak, Kedah, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Sarawak termasuk Kelantan yang membuka secara pratempahan.

Bagi penduduk Lembah Klang yang tidak tergolong dalam mana-mana kategori di atas, tetapi ingin datang terus untuk dos pertama kerana tiada janji temu, mereka perlu pergi ke PPV yang telah disenaraikan sebelum ini. 

Menurut CITF,  walk-in ke PPV yang telah disenaraikan sebelum ini juga dibenarkan mengikut waktu operasi PPV masing-masing dan tidak lagi bermula hanya pada pukul 2 petang.

Bagi wanita hamil, CITF menyatakan golongan ini tidak digalakkan untuk jumpa terus, sebaliknya akan diberikan janji temu melalui MySejahtera mengikut jangkaan tarikh bersalin (EDD) ke PPV yang bersesuaian.

CITF juga menyeru orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memberi kerjasama kepada petugas di PPV ketika hadir untuk mendapatkan vaksinasi secara walk in bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 dan memastikan kelancaran proses vaksinasi dan keselamatan di PPV. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut