web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


JVIP Percepatkan Vaksinasi Pekerja Industri - Hasni

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 7:47AM

Hasni berkata terdapat salah faham dalam kalangan masyarakat terhadap program JVIP. - Gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pelaksanaan Johor Vaksin-Immunisation Programme (JVIP) hanya ditawarkan kepada barisan hadapan ekonomi bertujuan mempercepatkan proses imuniti kelompok dengan meningkatkan pengambilan vaksin COVID-19 terutama dalam kalangan pekerja industri.

Menteri Besar Johor Datuk berkata terdapat salah faham dalam kalangan masyarakat terhadap program itu yang diperkenalkan kelmarin bahawa individu yang ingin mendapatkan suntikan vaksin segera akan dikenakan bayaran.

“Johor merupakan negeri industri dan (inisiatif ini) amat penting untuk kita turut menyuntik pekerja industri termasuk warga asing kerana kita memahami keperluan syarikat multinasional agar mereka dapat terus beroperasi dalam tempoh pandemik ini.

“Oleh itu, kerajaan negeri menjalin kerjasama dengan beberapa pihak termasuk KPJ Healthcare dan Pharmaniaga bagi memulakan program vaksin berbayar, bukan melalui program vaksin awam,” katanya ketika berucap merasmikan Pembukaan Persidangan Virtual Dewan Muda Johor 2021 yang diadakan secara maya, semalam.

Hasni berkata mana-mana syarikat atau pekerja industri sama ada daripada kategori keperluan atau bukan keperluan yang mahu menyegerakan suntikan vaksinasi terhadap pekerja mereka boleh berbuat demikian menerusi JVIP.

“Justeru, saya berharap agar masyarakat di luar sana tidak terkeliru dengan program ini seolah-olah kerajaan meminta mereka membayar untuk mendapatkan suntikan vaksin,” katanya.

Sementara itu, Hasni berkata Johor masih berada dalam kategori Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara berikutan beberapa faktor antaranya jumlah kes harian yang masih melebihi 400 kes dan penggunaan katil Unit Rawatan Rapi (ICU) melebihi 70 peratus.

“Daripada faktor suntikan (vaksin), Johor telah melepasi syarat untuk memasuki Fasa 2 iaitu perlu melebihi 17 peratus penduduk dewasa telah lengkap menerima suntikan vaksin mereka.

“Namun begitu kerajaan negeri komited untuk memastikan kita berada di landasan terbaik untuk memulihkan semula sektor ekonomi demi kesejahteraan rakyat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad