web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selamatkan Malaysia, TINDAK Kemuka 15 Tuntutan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 8:06AM

TINDAK akan mengemukakan sebanyak 15 tuntutan kepada kerajaan pada akhir minggu ini. - Gambar dari Facebook TINDAK

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Situasi COVID-19 di Malaysia semakin membimbangkan khususnya di Lembah Klang dan menuntut tindakan segera pihak berwajib.

Melihat kepada keperluan amat mendesak untuk negara memiliki satu langkah proaktif menangani keadaan yang semakin meruncing, Pelan Bertindak Rakyat (TINDAK) ditubuhkan menerusi gabungan masyarakat madani.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, tujuan gabungan tersebut adalah bagi menggerakkan sokongan besar-besaran untuk rangkaian pelan tindakan kecemasan terutama dalam sektor kesihatan dan ekonomi.

“Pelan tindakan kecemasan ini disediakan oleh kelompok pakar, berkenaan dasar bersifat bebas dengan rangka terperinci yang perlu dilaksanakan segera dan tanpa penangguhan.

“Pelan tindakan kecemasan yang diterbitkan oleh Datuk Dr Amar Singh, Profesor Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman, dan Datuk Dr Zainal Omar telah disahkan oleh pelbagai organisasi, dan mendapat sokongan individu dalam sektor kesihatan,” kata Faisal dalam satu kenyataan menerusi aplikasi Zoom dan disiarkan secara langsung di Facebook rasmi Pelan Bertindak Rakyat (TINDAK), semalam.

Menurut Faisal, sebagai inisiatif akar umbi dari rakyat, keprihatinan itu adalah bagi memastikan keprihatinan dan suara semua didengari dengan kuat dan jelas, terutama petugas barisan hadapan dalam memerangi wabak COVID-19 yang semakin memburuk.

“Kami secara jelas memerlukan pendekatan menyeluruh masyarakat dan seharusnya memperakui tanggungjawab bersama untuk membawa penyelesaian menerusi pendekatan kepemimpinan daripada rakyat.

“Sekiranya pihak berkuasa terus bertindak terlalu perlahan, kami akan adakan tunjuk perasaan besar-besaran, tanpa fizikal untuk menekan pihak yang berkenaan agar segera melaksanakan tuntutan yang dikemukakan,” ujarnya.

Mengulas lanjut beliau berkata, TINDAK telah merancang untuk mengemukakan sebanyak 15 tuntutan kepada kerajaan pada akhir minggu ini.

Antaranya ialah menggesa kerajaan membina Unit Kecemasan dan Trauma (ICU) berdekatan hospital kerajaan dalam dua ke empat minggu dengan kerjasama sektor swasta, menyediakan rancangan memindahkan petugas kesihatan dari negeri ke negeri dengan selamat serta menyediakan mobilisasi pengamal perubatan am (GP) untuk memantau pesakit Covid di rumah melalui video.

“TINDAK juga menggesa kerajaan membuat pengedaran vaksin secara adil, melibatkan semua unit kesihatan kerajaan, melaksanakan sistem PKP berdasarkan sistem lampu isyarat dengan kategori dan SOP jelas, menerbitkan secara telus semua data dan statistik COVID-19 terus dari sumber tanpa sebarang sekatan atau tapisan, melaksanakan Pelan Ventilasi Kebangsaan untuk mengurangkan transmisi COVID-19 melalui udara, melindungi petugas barisan hadapan dan memberi jaminan kerja untuk semua petugas kesihatan.

“Menyediakan bantuan Tunai Langsung RM2,000 untuk semua isi rumah B70. Bantuan RM200 tambahan untuk setiap ahli bawah 18, kurang upaya, atau uzur, membolehkan moratorium pinjaman menyeluruh, automatik, dan tanpa syarat bagi semua kelas pinjaman untuk sekurang-kurangnya 6 bulan, tanpa faedah kompaun,” tegasnya.

Kerajaan juga jelasnya lagi, dituntut meluaskan tempoh kelayakan, liputan program subsidi upah dan skim insurans pekerjaan, menyediakan perlindungan untuk pekerja sektor tidak formal, bantuan PKS dalam bentuk pinjaman tiada faedah dan geran langsung RM2 bilion bagi PKS dan perusahaan mikro.

“TINDAK juga menggesa agar moratorium sewa diberikan untuk semua bangunan kediaman dan  komersial milik kerajaan, selain membiayai semua langkah di atas dengan mengutamakan perbelanjaan kesihatan, bantuan ekonomi dan pendidikan, meningkatkan nisbah hutang jika perlu serta mengusahakan reformasi cukai yang menyeluruh.

“Tuntutan terakhir ialah menggesa kerajaan menubuhkan majlis tindakan demi melaksanakan Emergency Action Plan (Kesihatan, Ekonomi, Pendidikan) dengan perwakilan masyarakat madani sekurang-kurangnya 40 peratus,” katanya lagi.

Selain ABIM, TINDAK turut disertai beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain seperti IKRAM Malaysia yang diwakili Badlishah Sham; Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) oleh Tan Yew Sing; S. Arutchelvan dari Jaringan Rakyat Terindas (JERIT), Altaf Deviyati mewakili Projek Wawasan Rakyat (POWR), wakil persatuan Undi18 iaitu Tharma Pillai;  Mukmin Nantang dari Borneo Komrad,  Farhan Rosli mewakili Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan Grazele Jenarun sebagai wakil Projek Bangsa Malaysia.

Sidang diskusi itu dikendalikan aktivis Nathaniel Tan yang baru-baru ini memulakan mogok lapar di Taman Tun Dr Ismail, sebagai bantahan terhadap kerajaan. - Getaran, 8 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad