web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


TheNoor Kerjasama Dengan Bank Islam, Sediakan Khidmat Perbankan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2021 2:11PM

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Aplikasi TheNoor yang diasaskan usahawan selebriti, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, bukan hanya berkaitan gaya hidup Muslim malah turut merangkumi perkhidmatan perbankan.

Ia termasuk perkhidmatan tambahan seperti pengurusan tunai, pembiayaan peribadi, kenderaan dan perumahan. Aplikasi tersebut adalah hasil kerjasama Noor Luminous Sdn Bhd dengan Bank Islam.

Kedua-dua syarikat itu, baru-baru ini telah menandatangani perjanjian persefahaman yang disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Bank Islam, Mohd Muazzam Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Noor Luminous, Noor Neelofa Mohd Noor.

“Bank Islam amat berbesar hati kerana berpeluang untuk menyokong usahawan tempatan dalam mengembangkan perniagaan serta membina satu ekosistem yang dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk menjadi usahawan agar dapat meningkatkan kualiti kehidupan mereka,'' kata Muazzam.

Dilancarkan pada Januari lalu, TheNoor menyediakan perkhidmatan pemberitahu waktu solat, penentuan arah kiblat, pemain media serta terjemahan ayat-ayat suci Al-Quran kepada lima bahasa iaitu Melayu, Mandarin, Tamil, Inggeris dan Indonesia.

TheNoor juga berperanan sebagai sebuah platform e-dagang. Ejen serta stokis Nilofa Group turut menggunakan TheNoor untuk tujuan pembiayaan perniagaan mereka. – Getaran, 17 Februari, 2021

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Dahului Senarai Penerima Darjah, Bintang Kebesaran Hari Keputeraan Sultan Kedah 

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 18 jam yang lalu

Semua Lepasan SPM Dapat 10 A Ke Atas Berpeluang Ke Matrikulasi - PM

Politik 1 hari yang lalu

‘PAS Takkan Mampu Bentuk Kerajaan Di Putrajaya’ - Tun M

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Didakwa Bunuh Isteri