web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19 Ragut 360 Nyawa Lagi Hari Ini - KP Kesihatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Aug 2021 7:33PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA KUMPUR - Malaysia merekodkan sejumlah 360 kematian akibat COVID-19 hari ini iaitu angka tertinggi sejak pandemik tersebut melanda negara tahun lepas, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata angka baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat virus berbahaya tersebut di negara ini ialah 10,749 orang.

Pecahan kes kematian itu membabitkan 296 warganegara dan 64 bukan warganegara manakala 85 kes adalah kematian di luar fasiliti kesihatan atau sudah meninggal dunia ketika dibawa ke hospital (BID) yang membabitkan 56 rakyat tempatan dan 29 warga asing.

“Sejumlah 221 kematian (berlaku) di Selangor, 41 di Kuala Lumpur, Melaka (20), Perak (17), Pulau Pinang (15), Johor (14), Kedah (tujuh) serta masing-masing enam di Negeri Sembilan dan Pahang sementara masing-masing lima kes di Sabah dan Terengganu, dua di Putrajaya serta satu di Kelantan,” menurutnya dalam kenyataan mengenai perkembangan COVID-19 hari ini.

Terdahulu, Dr Noor Hisham melalui ciapan di Twitter memaklumkan sebanyak 18,688 kes baharu dilaporkan hari ini menjadikan kumulatif kes kini 1,262,540.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 15,755 melibatkan warganegara dan 2,923 bukan warganegara dengan majoriti iaitu 97.9 peratus adalah pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 manakala hanya 2.1 peratus daripada kategori 3, 4 dan 5.

“Jumlah ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu yang didiagnosis COVID-19. Terdapat kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata hanya 4,460 (23.9 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan hari ini mempunyai sejarah imunisasi COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata kes aktif kini mencecah 225,393 manakala pesakit COVID-19 yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 1,095 orang dengan 571 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Beliau juga berkata 39 kluster baharu dikesan hari ini merangkumi 18 kluster di tempat kerja, 15 kluster komuniti, masing-masing dua bagi kluster pusat tahanan dan kluster kumpulan berisiko tinggi serta masing-masing satu bagi kluster keagamaan dan institusi pendidikan tinggi.

Katanya setakat semalam, nilai kadar kebolehjangkitan (RT) Malaysia ialah 1.08 manakala negeri yang mencatatkan RT tertinggi ialah Perlis dengan 1.47 diikuti Kelantan (1.25), Sabah (1.18) dan Pulau Pinang (1.18) sementara negeri lain mencatatkan RT melebihi 1.0 kecuali Labuan (sifar). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut