web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lengkap Vaksin Boleh Melancong

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 7:13AM

MATA sambut baik pembukaan semula industri pelancongan domestik selepas industri berkenaan mengalami kerugian akibat pandemik COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kebenaran aktiviti pelancongan dalam negeri kepada individu yang lengkap dua dos vaksinasi COVID-19 di negeri-negeri dalam Fasa Dua dan Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) akan dapat merancakkan kembali industri pelancongan yang sudah lama terhenti akibat pandemik COVID-19.

Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) Datuk Mohd Khalid Harun berkata pembukaan semula industri pelancongan domestik adalah penting untuk mengimbangi semula kesemua kerugian sekali gus dapat meningkatkan pendapatan masyarakat tempatan dalam bidang terbabit.

Beliau berkata ia sudah tentu menjadi berita yang amat menggembirakan ahli persatuan terutamanya hotel dan inap desa untuk kembali membuka perniagaan. 

"MATA ingin menyarankan kepada semua ahli untuk memastikan semua pekerja mereka sudah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19 dan ia mesti melepasi tempoh matang mengikut vaksin-vaksin seperti yang dinyatakan dalam pengumuman khas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

"MATA berharap agar semua ahli hendaklah memastikan setiap pengunjung dan pekerja mereka mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN)," katanya dalam kenyataan semalam.

Dalam pada itu Ketua Pegawai Operasi Yayasan Pelancongan Negara Dr Fathir Badri Alhadad berkata pengumuman kemudahan tersebut melegakan industri pelancongan negara dan menunjukkan kesiapsiagaan kerajaan untuk menuju ke arah menjayakan pelan tersebut.

Beliau berkata pembukaan sektor pelancongan secara terkawal itu akan dapat membantu menggerakkan ekonomi setempat yang telah mengalami kemurungan sejak Mac tahun lepas.

"Negeri-negeri seperti Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Perlis, Sarawak dan Labuan pastinya akan mula membuka sektor ekonomi mereka dan hotel-hotel serta inap desa di negeri-negeri itu juga akan mula dibuka yang pastinya akan menyemarakkan kembali sektor pelancongan mereka.

"Sehubungan itu, kami memohon agar semua pengusaha sektor pelancongan untuk sentiasa cakna dengan SOP terkini supaya industri pelancongan akan dapat digerakkan semula dengan segera," katanya.

Beliau yang juga Presiden Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Selangor (SAFTTA) berkata kelonggaran itu juga pasti akan menggalakkan segenap rakyat untuk sentiasa mematuhi SOP sekali gus menggalakkan mereka mendapatkan suntikan vaksin dengan segera.

Muhyiddin semalam mengumumkan beberapa kelonggaran termasuk kebenaran aktiviti pelancongan dalam negeri yang sama melibatkan inap desa dan hotel untuk mereka yang menetap di negeri di dalam Fasa Dua PPN dan seterusnya, berkuat kuasa Selasa ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut