web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zambry Diminta Timbang Semula Keputusan Lepas Jawatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Aug 2021 8:10AM

Dr Zambry Abd. Kadir - Gambar malaysiaairports.com.my

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kakitangan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) mohon Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir menimbang semula keputusan beliau untuk melepaskan jawatan sebagai Pengerusi syarikat berkaitan kerajaan, seperti diumumkan  baru-baru ini.

Jurucakap kesatuan, Hussin Shahar berkata kesemua petugas khususnya anggota pelbagai kesatuan pekerja MAHB, memerlukan kepimpinan Zambry untuk memastikan kelangsungan syarikat tersebut di era pandemik.

“Ini bukan masanya Datuk Seri melepaskan jawatan. Ia akan menjatuhkan moral dan menghakis semangat. Ketika sedang melawan gelombang dan dihempas badai, seorang juragan tidak sepatutnya meninggalkan bahtera.

“Sekurang-kurangnya tunggulah apabila keadaan kembali pulih, sehingga Datuk Seri benar-benar yakin MAHB sudah boleh bergerak semula tanpa sebarang bantuan dan kembali kukuh serta kebajikan kakitangan terjaga,” katanya.

Perletakan jawatan Zambry adalah rentetan daripada perkembangan kontroversi politik negara, apabila UMNO pada minggu lalu,  sebulat suara menarik semula sokongan terhadap Perikatan Nasional untuk membentuk kerajaan pada Mac 2020.

Dalam pada itu, Hussin yang juga Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Malaysia Airports Berhad Semenanjung Malaysia berkata, kakitangan MAHB akan berdukacita jika Zambry tetap dengan keputusannya.

“Gandingan Datuk Seri dengan GCEO (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan) Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh adalah terbaik ketika ini.

“Kami mengharapkan gandingan insan berpengalaman seperti Datuk Seri dan tenaga muda Datuk GCEO akan membuat MAHB terus berjaya dengan cemerlang,” katanya.

Selain Zambry, beberapa ahli politik daripada Umno juga telah melepaskan jawatan mereka samada daripada Kabinet dan juga syarikat-syarikat berkaitan kerajaan sejak pengumuman Umno tersebut. – Getaran, 9 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut