web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lengkap Vaksin Sahaja Boleh Dine-In Di Kedai

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 8:15AM

Hanya mereka yang lengkap vaksin sahaja dibenarkan makan di kedai di Labuan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Kebanyakan kedai makan di pulau bebas cukai di sini mula menguatkuasakan peraturan baharu membenarkan hanya individu yang menerima vaksinasi lengkap boleh makan di premis (dine-in) sejak minggu lalu.

Tinjauan Bernama di pusat bandar mendapati, pengusaha kedai makanan dan minuman (F&B) berpendapat peraturan baharu yang ketat itu dapat membantu kelangsungan aktiviti perniagaan mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan Rithuan Ismail berkata Taklimat Zon Hijau Labuan Bebas COVID-19 diadakan pada Jumaat lepas (6 Ogos) bersama Dewan Perniagaan Cina Labuan (LCCC), Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Labuan serta kira-kira 100 komuniti perniagaan.

Taklimat dijalankan oleh Jabatan Kesihatan Labuan dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pentingnya pengusaha F&B melaksanakan peraturan makan di premis hanya untuk pelanggan yang lengkap divaksin.

“Peraturan tersebut akan membantu kelangsungan operasi perniagaan mereka. Kita tidak tahu jangkitan mungkin boleh berlaku daripada pelanggan yang tidak divaksin dan ini juga akan dapat membantu Labuan menuju ke zon hijau COVID-19,” katanya kepada Bernama.

Pengarah Urusan Living Room, restoran dan bistro terkenal di Labuan, Balvir Singh berkata peraturan baharu itu sangat membantu pasukan petugas COVID-19 Labuan mengekang penyebaran wabak tersebut.

“Kami turut berkewajipan membantu pasukan petugas COVID-19 Labuan dalam mengekang pandemik yang masih belum berakhir ini. Kami rasa peraturan ketat yang baru kami laksanakan hari ini akan membantu mereka yang masih ‘di atas pagar’ untuk segera mendapatkan suntikan vaksin,” katanya ketika dihubungi.

Balvir yang juga ahli jawatankuasa Dewan Perniagaan dan Perusahaan India Labuan berkata, kakitangannya di Living Room telah divaksin sepenuhnya.

“Dewan perniagaan kami telah merayu kepada Kerajaan Persekutuan pada Julai lepas agar menimbangkan untuk membenarkan pelanggan yang telah lengkap divaksin dibenar untuk menjamu selera di semua F&B di pulau ini.

“Kita perlu berterima kasih kepada kerajaan atas kelonggaran ini yang sangat membantu pengusaha F&B meneruskan perniagaan mereka sepanjang tempoh sekatan pergerakan disebabkan pandemik ini,” katanya.

Tinjauan Bernama di restoran termasuk kedai makan menjual sup ikan di kompleks perniagaan Paragon juga mendapati mereka mengenakan peraturan baharu itu dan setakat ini tidak mendapat sebarang aduan daripada pelanggan.

Pemilik restoran lain pula berkata mereka akan memeriksa status vaksinasi pelanggan di pintu masuk melalui aplikasi MySejahtera pada telefon pintar masing-masing, selain sijil vaksinasi bercetak juga diterima.

Kebanyakan kedai makan menetapkan peraturan membenarkan hanya dua orang untuk makan dan ini termasuk rangkaian restoran makanan segera McDonald's, Pizza Hut, Domino's dan KFC.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pengumuman khas semalam berkata makan di premis dibenarkan bagi individu yang telah lengkap divaksin bermula esok (10 Ogos) di negeri-negeri yang telah beralih dari Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN). - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut