web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Air Sambung 3 Hari, Kerajaan Negeri Mohon Maaf

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Aug 2021 7:56PM

Penduduk mengisi air bersih yang disediakan oleh SATU ke dalam botol ekoran bekalan air terputus sejak seminggu lalu melibatkan daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Masalah gangguan bekalan air membabitkan 28,700 akaun di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu yang berpunca daripada paip pecah di dasar sungai akan dilanjutkan selama tiga hari lagi sehingga Sabtu ini.

Menurut Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utilititi dan Teknologi Hijau, Dr Mamad Puteh, bekalan air di dua daerah berkenaan sepatutnya pulih esok, namun kesukaran melakukan kerja-kerja baik pulih menyebabkan kelewatan berlaku di luar jangkaan.

“Kita perlu mengambil kira pelaksanaan kerja-kerja di luar jangkaan.

“Arus di dasar sungai yang deras beberapa hari ini dan air sungai yang keruh telah menjejaskan penglihatan pasukan teknikal,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU) di sini hari ini.

Jelas beliau, pihaknya menjangkakan bekalan air mulai pulih Sabtu ini secara berperingkat bermula jam 12 malam.

Pada masa sama Dr Mamat berkata,  kerajaan negeri memohon maaf akibat masalah itu yang menjejaskan sejumlah besar rakyat 2 Ogos lalu.

“Saya mewakili kerajaan negeri bersama pihak SATU ingin membuat permohonan maaf ini kerana sebelum ini ada yang menyatakan pihak kerajaan negeri masih tidak ada buat permohonan maaf,” katanya.

Beliau berkata, sebagai penambahbaikkan kerajaan negeri bercadang untuk memulakan operasi Loji Bukit Berapit di bawah Projek Kuala Terengganu Utara.

Menurutnya, loji tersebut dijangka mula beroperasi 31 Ogos nanti dengan keupayaan 60mld.

Mengulas mengenai perkembangan pengagihan air kepada pengguna terjejas, Dr Mamat memberitahu, SATU menyediakan  34 lori tangki yang beroperasi selama 24 jam dan 151 buah tangki statik di semua kawasan terbabit.

Selain itu beliau berkata, satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden tersebut termasuk dakwaan bahawa kerosakan pam air itu berpunca daripada kegiatan mengorek pasir. - Getaran, 10 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad