web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Longgar SOP, Pakar Bimbang Keputusan Kerajaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 7:47AM

Pakar mencadangkan supaya saringan ujian COVID-19 diwajibkan ke atas individu yang mahu merentas negeri malah orang yang ingin dikunjungi juga perlu menjalani ujian sama supaya virus tidak tersebar. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelonggaran diberikan kerajaan kepada penerima lengkap vaksin COVID-19 mencetuskan kegusaran kepada pakar lebih-lebih lagi dengan kewujudan varian Delta yang kini berada dalam komuniti.

Pakar Virologi Molekul, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Nazlina Ibrahim, berkata banyak faktor perlu dipertimbangkan oleh kerajaan susulan kelonggaran diumumkan, terutamanya membabitkan perihal kepatuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, bukan ingin menyalahkan mana-mana pihak, namun tahap kepatuhan terhadap SOP sangat jelas tidak dapat dipatuhi sehingga menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di negara.

“Sikap memandang ringan terhadap SOP ditetapkan jelas memberi impak negatif kepada masyarakat sehingga menyebabkan jumlah kes positif COVID-19 naik secara mendadak.

“Tak kira di mana berlaku, namun punca utama jangkitan adalah tidak patuh terhadap SOP,” katanya ketika dihubungi Getaran, hari ini.

Beliau berkata, varian Delta yang muncul di Malaysia amat membimbangkan kerana ia dapat menjangkiti mana-mana individu dalam jangka masa 15 saat sahaja jika terdedah kepada virus terbabit.

“Jika sebelum ini simptom COVID-19 hanya akan muncul dalam masa enam hari selepas dijangkiti namun varian Delta ini hanya memerlukan tiga hari sahaja.

“Jika kelonggaran diberikan, adakah mereka akan terus mematuhi SOP ditetapkan dengan sentiasa memakai pelitup muka dan penjarakan fizikal? Itu persoalan besar yang perlu dititikberatkan oleh semua pihak,” katanya.

Beliau berkata, kelonggaran di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) misalnya, yang diberikan selepas mencapai 60 peratus kadar vaksinasi nyata mengundang bahana kerana mencetuskan peningkatan kes harian di negara terbabit.

“Walaupun keberkesanan vaksin adalah satu perkara yang tidak boleh disanggah kerana ia benar-benar memberikan perlindungan kepada penerima, keberkesanannya mungkin rendah terhadap varian baharu,” katanya.

Dr Nazlina berkata, kerajaan perlu meneliti lebih lanjut kelonggaran diberikan supaya tidak mencetuskan peningkatan kes di negara ini.

“Sebagai contoh, kerajaan bukan saja perlu mewajibkan saringan ujian COVID-19 terhadap individu yang mahu merentas negeri malah orang yang ingin dikunjungi juga perlu menjalani ujian sama supaya virus tidak tersebar antara satu sama lain,” katanya. – Getaran, 12 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad