web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tangki Oksigen Bukan Punca Bilik Isolasi Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 7:55AM

Kebakaran di sebuah bilik isolasi di wad 10, Hospital Slim River di Tanjung Malim, telah menyebabkan seorang pesakit melecur sembilan peratus di bahagian tangan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri Perak berhubung kebakaran sebuah bilik isolasi, Wad 10 Hospital Slim River di Tanjung Malim malam semalam mendapati kejadian bukan berpunca daripada tangki oksigen terbakar.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak Datuk Dr Ding Lay Ming berkata siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian kira-kira pukul 7.20 malam itu sedang dijalankan pihak hospital serta Jabatan Bomba dan Penyelamat.

"Kebakaran melibatkan seorang pesakit lelaki yang ditempatkan di dalam bilik tersebut.

"Jururawat dan pembantu perawatan kesihatan yang bertugas telah segera mengalihkan pesakit ke tempat yang selamat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kebakaran itu telah mengakibatkan mangsa mengalami kecederaan iaitu melecur sembilan peratus di bahagian tangan dan telah diberi rawatan lanjut.

Bagaimanapun katanya pesakit berusia lingkungan 40-an itu kini berada dalam keadaan stabil.

Semalam, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Slim River dikerahkan ke hospital berkenaan namun kebakaran telah berjaya dipadamkan kakitangan hospital dan kemusnahan bilik isolasi itu dianggarkan lima peratus. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad