web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Johor, Negeri Pertama Mulakan Sidang DUN Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 8:10AM

Persidangan Keempat DUN Johor bermula hari ini dengan Johor menjadi negeri pertama mengadakan sidang DUN dalam tempoh PPN. - Gambar dai Facebook Pejabat Jurutulis Dewan Negeri Johor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang bermula hari ini, pastinya menarik perhatian ramai pihak memandangkan Johor menjadi negeri pertama mengadakan sidang dewan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Bakal dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, persidangan kali ini penting dan mencuri tumpuan memandangkan negara masih berdepan dengan cabaran mengekang penularan pandemik COVID-19.

Persidangan akan bermula dengan titah dan perasmian oleh Sultan Ibrahim sebelum ditangguh dan bersambung Ahad ini.

Persidangan tujuh hari yang dijadual berakhir 22 Ogos itu dilihat sebagai platform penting bagi kerajaan negeri memperjelaskan mengenai pelan tindakan untuk pemulihan ekonomi negeri Johor selain bantuan yang diberikan kepada rakyat Johor yang terjejas berikutan COVID-19.

Johor merupakan negeri di bawah kerajaan Perikatan Nasional (PN)  dengan majoriti tipis 29 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang.

UMNO Johor menerajui kepimpinan negeri  dengan 14 kerusi; diikuti Bersatu 12 kerusi termasuk DUN Gambir yang disandang Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin; MIC (dua); dan PAS (satu) manakala pembangkang dibarisi DAP dengan 14 kerusi;  Amanah (enam); dan PKR (tujuh).

Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat berkata setakat 4 Ogos, hanya satu usul berkenaan program vaksinasi kepada rakyat Johor diterima pihaknya.

Kali terakhir sidang DUN Johor diadakan pada 26 Nov hingga 6 Dis 2020, yang menyaksikan Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad membentangkan Belanjawan Johor 2021. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad