web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Jadikan Sidang DUN Dewan Sangkar Beruk - Sultan Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 1:16PM

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ISKANDAR PUTERI - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi amaran untuk Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) agar berbahas dan mencari ketetapan secara berhemah, sekali gus mengenepikan agenda peribadi dan sikap mementingkan diri.

"Jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan saya sekarang, maka saya tidak teragak-agak untuk membubarkan Dewan Negeri Johor. 

Titah baginda, sebarang usul atau isu yang tidak berkenaan tidak perlu dibawa untuk dibahaskan dalam sidang DUN, memandangkan ia bukan medan untuk berbalah, sebaliknya ruang mengukuhkan kerjasama dan saling bersatu.

"Ingin saya ingatkan bahawa Dewan negeri ini adalah tempat untuk berbincang dan membuat ketetapan bagi kepentingan rakyat dan negeri. Jangan cemarkan Dewan saya ini dengan perangai yang buruk. Ini adalah Dewan yang mulia bukan Dewan sangkar beruk. 

"Awak semua jangan pentingkan diri sendiri. Rakyat di luar sana tengah susah, ada yang kelaparan, ada yang hilang pekerjaan dan ada juga yang sedang bertarung nyawa akibat wabak COVID-19 ini," titah baginda. 

Sultan Ibrahim merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor Ke-14, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini. 
Sultan Ibrahim merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat DUN Johor Ke-14, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, hari ini. 

Sultan Ibrahim bertitah sedemikian ketika merasmikan Pembukaan Penggal Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Ke-14, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini, hari ini. 

Ini adalah kali kedua sidang DUN diadakan dalam keadaan negeri berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Sultan Ibrahim mengingatkan, baginda tidak teragak-agak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya berlaku perebutan kuasa atau usaha menjatuhkan kerajaan. 

Titah baginda, sebarang  permainan politik mana-mana wakil rakyat yang terus bertelagah sehingga menganggu-gugat negeri dan kerajaan tidak akan diberi perhatian.

"Jika berlaku keadaan yang menjatuhkan kerajaan saya sekarang, maka saya tidak teragak-agak untuk membubarkan Dewan Negeri Johor. 

"Saya rasa tidak perlu ada wakil rakyat jika masing-masing hanya fikirjan tentang kedudukan sendiri, bukannya kepentingan rakyat," titah baginda. 

Baginda bertitah, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk merancang dan melaksanakan tindakan yang wajar bagi membantu rakyat yang terkesan. 

"Oleh itu, ingin saya nasihatkan kepada semua ahli dewan supaya menggunakan sesi persidangan kali ini untuk berbincang dan menyusun pelan tindakan bagi menolong rakyat dan membangunkan semula ekonomi negeri ini," titah baginda.

Sultan Ibrahim turut menzahirkan hasrat untuk menyerahkan kepada rakyat peluang memilih Ahli DUN yang baharu sebaik pandemik ini berakhir.

"Selepas ini, pilihlah betul-betul pemimpin yang jujur dan ikhlas mahu berkhidmat untuk rakyat untuk membangunkan semula ekonomi selepas wabak ini dapat dikawal. 

"Kerajaan perlu bekerja keras untuk membantu peniaga dan juga menarik pelabur luar supaya banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan," titah baginda. 

Tuanku turut bertitah bahawa kerajaan juga perlu membuat dasar baharu yang mesra pelabur dengan insentif yang sangat menarik.

Titah baginda, kerajaan pusat juga diharapkan supaya memberi perhatian dan membantu pembangunan Johor, khususnya dalam aspek kesihatan dan infrastruktur jalan raya.  – Getaran, 12 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Pertabalan Sultan Ibrahim Hampir Lengkapkan Pusingan Kedua Penggiliran Yang Di-Pertuan Agong

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Upacara Ketenteraan Pelengkap Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Kurnia 10 Ekor Lembu Untuk Ibadah Korban

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Agong Berkenan Rasmi Hari Landskap Negara 2024

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad