web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


KPM Diminta Perincikan SOP Sebelum Sekolah Dibuka 1 Sept Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 2:35PM

Sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula 1 September ini, namun ia mencetuskan kebimbangan ibu bapa susulan peningakatan jangkita COVID-19 ketika ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Kementerian Pendidikan (KPM) diminta memperincikan prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pembukaan sesi persekolahan secara bersemuka bermula 1 Sept ini susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 harian serta kebimbangan kemunculan varian Delta dan Lambda.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pihaknya menyokong pembukaan sekolah secara bersemuka, namun beberapa perkara perlu diperhalusi bagi mengelakkan penularan jangkitan lebih teruk melibatkan pelajar sekolah.

"Kita sedia maklum terdapat varian baharu seperti Delta dan Lambda yang cukup berbahaya. KPM harus bersedia dan mempunyai SOP yang lebih jelas mengenai hal ini.

"Paling penting anak-anak ini diberi suntikan vaksin terlebih dahulu, barulah kita benarkan mereka menghadiri kuliah atau pembelajaran secara bersemuka," katanya kepada pemberita selepas Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang peringkat Negeri Sembilan 2021 di sini hari ini.

Pada 17 Julai lepas, KPM dalam kenyataan memaklumkan sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 Sept ini, dengan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) diteruskan hingga 31 Ogos.

Sementara itu, Aminuddin berkata seramai 653,938 iaitu 80.3 peratus penduduk dewasa di Negeri Sembilan telah menerima dos pertama vaksin, manakala seramai 441,798 (54.25 peratus) lengkap divaksinasi setakat Selasa lepas.

Beliau berharap usaha vaksinasi ini dapat mengurangkan risiko penularan wabak COVID-19 bagi mengembalikan kehidupan seperti biasa, namun orang ramai diingatkan terus mematuhi SOP dalam usaha mengekang penularan wabak yang membawa maut itu.

Negeri Sembilan semalam merekodkan 1,015 kes baharu COVID-19 iaitu kes harian tertinggi, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu kini 81,571 kes. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad