web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MUDA Gagal Didaftar Sebagai Parti Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Aug 2021 5:18PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik (MUDA) sekali lagi gagal untuk didaftarkan sebagai sebuah parti politik apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) memaklumkan bahawa rayuan mereka ditolak Menteri Dalam Negeri.

Naib Presidennya, Lim Wei Jiat berkata, tiada sebarang alasan diberikan susulan penolakan itu yang dimaklumkan menerusi emel oleh RoS.

Keputusan menteri berkenaan katanya, amat dikesali apabila mengambil kira kerjasama penuh diberikan MUDA selama ini untuk melicinkan proses pendaftaran.

“Segala isu berkenaan Perlembagaan ataupun dokumentasi pendaftaran telah dibincang bersama RoS dan segala pindaan yang harus dibuat sudah pun dilaksanakan.

“Garis masa keputusan Menteri Dalam Negeri menunjukkan bahawa pihak berkuasa hanya ingin melengahkan pendaftaran MUDA untuk seberapa lama yang mungkin,” katanya hari ini.

Wei Jiat memberitahu, keputusan berkenaan akan dicabar oleh MUDA di mahkamah dalam masa terdekat.

“Kami mengharapkan mahkamah dapat memberi keadilan yang sewajarnya kepada MUDA,” katanya. – Getaran, 12 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

PADU Rekod Lebih 10 Juta Pendaftaran - Rafizi

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Elak Daftar Padu Saat Akhir, Sistem Akan Sesak - Ketua Perangkawan

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Lebih Sejuta Sudah Mendaftar Dengan PADU - Rafizi

4

Semasa 10 bulan yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad