web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Elak Daftar Padu Saat Akhir, Sistem Akan Sesak - Ketua Perangkawan

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2024 4:31PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA SAMARAHAN - Rakyat Malaysia khususnya golongan yang celik teknologi dinasihatkan supaya tidak melakukan pendaftaran Pangkalan Data Utama (PADU) pada saat-saat akhir kerana ia akan mengakibatkan aliran trafik sistem itu sesak, kata Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.

Beliau berkata, berdasarkan jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu terkini dalam sistem berkenaan, pihaknya mendapati lebih ramai warga emas yang telah berdaftar dengan PADU berbanding anak muda yang cenderung menguasai dunia teknologi.

"Kita lihat trend ini mungkin sebab untuk kalangan warga emas di kawasan pedalaman yang tidak celik teknologi contohnya, kita bantu mereka secara bersemuka untuk daftar PADU dan program ini mendapat sambutan yang baik.

"Namun, untuk rakyat Malaysia lain yang boleh mendaftar sendiri, mereka fikir mereka masih ada masa hingga 31 Mac. Jadi, saya berharap mereka boleh terus daftar sekarang kerana sistem ini seperti lebuh raya, kalau semua masuk pada saat akhir memang akan sesak," katanya kepada pemberita selepas melawat reruai PADU pada Karnival Mini Usahawan Desa di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Uzir berkata, melihat kepada tahap kesedaran rakyat Malaysia di negeri ini serta komitmen kerajaan negeri yang tinggi untuk menjayakan inisiatif berkenaan, Sarawak mampu menjadi antara yang terawal menyelesaikan pengemaskinian PADU sebelum 31 Mac ini.

"Buat masa ini, Sarawak negeri kedua tertinggi pendaftaran iaitu 310,000 orang... jadi, dengan kerjasama antara agensi kerajaan negeri dan wakil rakyat, saya jangkakan usaha untuk mengemas kini profil sosial ekonomi rakyat di Sarawak dapat kita selesaikan selewat- lewatnya pada 30 Mac," katanya.

Setakat semalam, jumlah rekod pengemaskinian maklumat individu adalah sebanyak 2.38 juta orang daripada 30.08 juta rekod individu dalam sistem PADU berdasarkan sumber data pentadbiran.

Pendaftaran PADU dibuka kepada orang ramai bermula 2 Januari lalu hingga 31 Mac ini dan pengguna boleh mengemas kini dan mengesahkan 30 butiran peribadi termasuk nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat kediaman.

Sistem berkenaan dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

2

Semasa 5 bulan yang lalu

PADU Rekod Lebih 10 Juta Pendaftaran - Rafizi

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Orang Ramai Ambil Peluang Hari Terakhir Daftar, Kemas Kini Maklumat PADU

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah