web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Sambut Baik Keputusan Tangguh Fasa 3 PPN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 8:10AM

Aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) yang dijalankan di Kampung Empila, Kota Samarahan.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA SAMARAHAN - Penangguhan pelaksanaan Fasa 3 Pelan Pemulihan Nasional (PPN) di Zon Selatan Sarawak sehingga penularan kes COVID-19 menunjukkan trend penurunan yang lebih memuaskan disambut baik masyarakat setempat.

Keputusan itu jelas mereka, membuktikan keprihatinan kerajaan negeri dalam menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat.

Zaidi Wasli
Zaidi Wasli

Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan, Zaidi Wasli, 44, berkata, masyarakat akur dengan keputusan dikeluarkan kerajaan demi keselamatan masing-masing, berikutan kes COVID-19 yang masih lagi tinggi.

"Apa yang kita lihat bilangan kes positif di seluruh negara masih berada di tahap membimbangkan dengan pertambahan jangkitan baharu setiap hari.

"Justeru, langkah diambil kerajaan Sarawak untuk menangguhkan Fasa 3 PPN di kawasan yang masih berisiko adalah bertepatan dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut Zaidi, rakyat perlu bersedia membudayakan norma kehidupan baharu, dengan mengehadkan pergerakan masing-masing, selagi negara masih berdepan ancaman pandemik COVID-19.

Siti Zainab Samiran
Siti Zainab Samiran

Sementara itu, penuntut tahun dua, Fakulti Seni dan Gunaan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Siti Zainab Samiran, 22, berkata, sesi pembelajaran untuk semua penuntut masih dijalankan secara atas talian, berikutan keadaan yang masih belum pulih.

Keadaan ini katanya, mengganggu fokus ramai penuntut apabila sesi pembelajaran sering kali terganggu akibat capaian internet yang tidak memuaskan.

“Ada juga penuntut yang langsung tidak memiliki rangkaian internet di penempatan masing-masing.

“Atas faktor ini, adalah tidak menghairankan ada penuntut yang mengambil keputusan untuk berhenti atau menangguhkan pengajian, bagi memberi tumpuan kepada mencari sumber pendapatan,” katanya.

Dalam perkembangan lain, tinjauan Getaran di Kota Samarahan di sini mendapati, aktiviti pengesanan kes secara aktif (ACD) masih dijalankan di Bandar Riyal, Samarahan, Kampung Tanjung Tuang dan Kampung Empila.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Sarawak antara tiga negeri yang beralih ke Fasa 3 PPN mulai 4 Ogos lalu.

Peralihan tersebut bagaimanapun ditangguhkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan rakyat, sehingga penularan COVID-19 mencatatkan trend penurunan yang memuaskan.

Ia mencakupi daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Simunjan, Asajaya, Serian dan Tebedu. – Getaran, 13 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut