web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Dakwa Dicabul Bomoh Ketika Rawatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 8:51AM

Shafien Mamat - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TUMPAT - Seorang remaja perempuan mendakwa dicabul pengamal perubatan ketika menerima rawatan di rumah keluarganya di Pasir Tumboh, dekat sini, dalam satu kejadian 2 Ogos lalu.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu selepas keluarga mangsa berusia 15 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Kubang Kerian, tengah hari semalam.

Beliau berkata mangsa selalu mengalami masalah histeria dan dipercayai kerana gangguan makhluk halus sehubungan itu keluarga mangsa telah menghubungi suspek berusia 39 tahun itu untuk menjalankan perubatan ke atas mangsa.

“Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira 11 pagi, ketika rawatan ke atas mangsa dijalankan oleh seorang lelaki yang dikenali dengan panggilan ‘ustaz’ (suspek),” katanya kepada pemberita, di sini semalam.

Shafien berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 14 (1) (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak.

Pada 9 Ogos lalu, Polis Kelantan mengesahkan menerima satu laporan melibatkan seorang bomoh berasal dari Perlis (suspek) yang mendakwa dipukul sekumpulan lelaki berkaitan isu ‘Sihir 7 Keturunan’ dan santau yang kini tular di media sosial.

Akibat kejadian itu, lelaki berkenaan hanya mengalami cedera ringan iaitu lebam di mata kiri dan calar di muka namun kini mendapatkan rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu kerana menghidap penyakit lain. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad