web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Rasuah, Reman Pegawai Kanan MBJB Disambung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 1:24PM

Reman ke atas seorang pegawai kanan MBJB disambung empat hari lagi bermula hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang pegawai kanan di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang disiasat berkaitan rasuah ketika bertugas di Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), disambung reman empat hari lagi bermula hari ini.

Perintah reman ke atas lelaki berusia 60 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Normadiana Mamat hari ini.

Pada 10 Ogos lepas, pegawai kanan berkenaan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki menerima rasuah daripada kontraktor ketika berkhidmat di MBIP.

Sementara itu, Normadiana turut membenarkan permohonan reman selama enam hari oleh SPRM ke atas seorang pesara, mulai hari ini hingga Rabu depan.

Lelaki berusia 60 tahun itu, ketika menjadi penjawat awam, dipercayai telah bertindak sebagai orang tengah kepada pegawai kanan MBJB itu bagi mendapatkan wang rasuah daripada kontraktor-kontraktor sebagai balasan meluluskan kerja yang dilaksanakan oleh kontraktor bagi projek-projek yang dikeluarkan oleh pihak MBJB dalam tahun 2020 dan 2021. 

Permohonan reman ke atas kedua individu itu dibuat bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut