web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Agong Dirayu Perkenan Pengampunan Diraja, Najib Perdana Menteri Interim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Aug 2021 8:08PM

PSUAM menghantar memorandum memohon Agong memperkenan pengampunan diraja ke atas Najib. - Gambar Mohd. Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullan Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dimohon memperkenankan Pengampunan Diraja kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang didapati bersalah dalam skandal 1MDB.

Menurut Pertubuhan Sahabat Ulul Amri Malaysia (PSUAM), permohonan itu bagi membolehkan Najib dilantik semula menjadi Perdana Menteri Interim susulan pergolakan politik yang sedang melanda negara.

Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz
Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz

Pengerusinya, Syed Muhammad Imran S N Syed Abdul Aziz berkata, warkah diutus kepada Yang di-Pertuan Agong itu adalah untuk menyembah maklum cadangan pihaknya supaya Najib dilantik sebagai Perdana Menteri Sementara bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa gagal mendapatkan sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Katanya, Muhyiddin bukan sahaja gagal menangani isu politik tanah air, malah turut gagal menguruskan aspek kesihatan dengan baik bagi membendung penularan COVID-19.

“Ketokohan dan kepemimpinan Najib mentadbir kerajaan ketika menjadi Perdana Menteri keenam amat memberangsangkan.

“Patik mencadangkan supaya Seri Paduka Baginda Tuanku dapat memberikan Pengampunan Diraja khusus kepada Orang Kaya Berempat Negeri Pahang (Najib Razak) daripada apa jua tindakan mahkamah, sama ada sedang berlangsung atau yang telah dijatuhi hukuman bersalah kepada beliau,” katanya.

Syed Muhammad Imran berkata, Najib juga amat berkeupayaan dan cekap menguruskan ekonomi, membawa nama baik Malaysia ke persada antarabangsa, bersahabat dengan pemimpin negara luar dan menggalakkan pelaburan dari negara asing.

“Selaku rakyat yang terkesan dengan musibah pendemik COVID-19, patik ingin menyampaikan rasa kekesalan terhadap apa yang berlaku di sini dengan nilai jangkitan mencecah 20 ribu orang satu hari dan kadar kematian tinggi hampir mencecah satu peratus.

“Ini jelas menggambarkan betapa pentadbiran kerajaan pimpinan Tan Sri Perdana Menteri (Muhyiddin) kini dibayangi kegagalan besar dalam menyusun sumber, keupayaan tenaga kerja dan mengatur-gerakkan strategi pengurangan kadar jangkitan kepada rakyat, sekali gus mengekang virus pembunuh ini dari tersebar ke dalam komuniti,” katanya. - Getaran, 13 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad