web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Tembak Di Kem TUDM, Semua Waris Telah Dimaklumkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 8:04AM

Antara waris anggota tertera yang terbunuh di Kem TUDM Squadron 330 Kota Samarahan, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Kesemua waris anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terkorban dalam insiden tembakan di kem TUDM, Kota Samarahan semalam, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Dalam satu kenyataan, TUDM memaklumkan, anggota yang terkorban ialah Kpl U Mohamad Ehsan Sehamat, Kpl U Ho Swee Boon, Laskar Udara (LU) Luk Nesly anak Nabau dan Kpl U Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli.

“Kesemua mereka yang meninggal dunia berasal dari Sarawak dan telah berkahwin.

“Kpl U Mohammad Ehsan Sehamat berasal dari Asajaya Laut, Samarahan; Kpl U Ho Swee Boon berasal dari Lundu; Kpl U Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli berasal dari Seniawan, Bau dan Nesly Anak Nabau berasal dari Sibu,” menurut kenyataan tersebut.

TUDM juga meminta semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi mengenai insiden tembakan itu, kerana kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis.

“Kita minta semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh pihak polis selesai, di samping menghormati sensitiviti waris dan keluarga anggota yang meninggal dunia,” menurut kenyatan itu lagi.

Sementara itu TUDM memaklumkan, Panglima Tentera Udara Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad telah pergi ke lokasi kejadian di kem Skuadron 330, Kota Samarahan petang tadi, untuk mengetahui sendiri dan meninjau dengan lebih jelas kejadian insiden berkenaan.

“Panglima Tentera Udara turut menyantuni dan bertemu dengan waris-waris anggota, serta menzahirkan ucapan takziah kepada balu dan keluarga kesemua anggota TUDM yang meninggal dunia.

“Beliau turut menyampaikan sumbangan dari Tabung Kebajikan TUDM dan sumbangan bantuan kebajikan kepada waris terlibat. Pihak TUDM sedang membuat segala urusan berkaitan pengebumian jenazah dan urusan kebajikan kepada waris anggota,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut