web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Imam Masjid Negara Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Aug 2021 4:01PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Imam Masjid Negara Khisamudin Ismail meninggal dunia akibat komplikasi jantung, pada jam 4 pagi ini di kediamannya di Kota Puteri, Batu Arang, Selangor.

Berita pemergian Allahyarham itu dikongsi Masjid Negara menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

"Kami kehilangan seorang rakan, imam dan guru yang penuh dedikasi dalam tugasnya. Semoga Allah mencucuri rahmat dan keampunan ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan solihin.

"Didoakan agar isteri, anak-anak dan ahli keluarga bersabar menghadapi ujian ini," demikian menurut hantaran itu.

Menurut Penolong Pegawai Penerangan Masjid Negara Ahmad Faizal Azman, yang dihubungi Bernama, jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada kira-kira jam 10.30 pagi di Tanah Perkuburan Islam Batu Arang.

Khisamudin yang genap berusia 53 tahun hari ini, meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak.

Allahyarham mula berkhidmat sebagai imam di  Masjid Negara pada April 2014, kemudian menjadi tenaga pengajar di Institut Tadbir Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara pada April 2018, sebelum kembali bertugas sebagai imam di Masjid Negara pada Jun tahun sama.

Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri turut mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Saya ada memaklumkan kepada beliau untuk menziarahinya bila ada masa yang sesuai. Namun, perancangan Allah SWT sudah pasti ada hikmahnya. Takziah diucapkan kepada keluarga Ustaz Khisamudin Ismail, Imam Masjid Negara," tulisnya di Facebook. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad