web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Muhyiddin Hadiri Mesyuarat Kabinet, Desas Desus Letak Jawatan Semakin Hangat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 10:06AM

Kenderaan membawa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menuju ke Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menghadiri mesyuarat  khas bersama anggota Jemaah Menteri di Bangunan Perdana Putra di sini, hari ini.

Mesyuarat bermula jam10.15 pagi itu dipercayai membincangkan isu kemelut politik yang melanda negara, terutama membabitkan laporan peletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri.

Terdahulu, beberapa kenderaan membawa anggota Kabinet, antaranya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dilihat memasuki perkarangan bangunan itu mulai jam 9.35 pagi.

Kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menuju ke Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman
Kenderaan membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menuju ke Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

Selain itu, Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Kenderaan membawa Khairy Jamaluddin menuju ke Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman
Kenderaan membawa Khairy Jamaluddin menuju ke Perdana Putra, Putrajaya, hari ini. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

Kemelut politik yang melanda negara bermula selepas UMNO menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Muhyiddin pada awal bulan ini.

Seramai 15 Ahli Parlimen UMNO, termasuk Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan penarikan sokongan itu, sekali gus menyebabkan kerajaan Muhyiddin kehilangan majoriti di Parlimen.

Susulan daripada itu, pelbagai pihak mendesak Perdana Menteri supaya melepaskan jawatan, sebelum Muhyiddin dengan perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, mengumumkan akan melaksanakan usul undi percaya di Parlimen bulan depan.

Muhyiddin baru-baru ini turut membuat tawaran kepada semua parti politik, termasuk pembangkang untuk menyokongnya dalam usul terbabit namun ditolak, termasuk oleh UMNO.

Sehubungan itu, Muhyiddin dikatakan akan mempersembahkan surat perletakkan jawatannya kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini. - Getaran, 16 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut