web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: 9 Anggota Polis Selangor Maut Sejak Tahun Lepas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 5:13PM

Datuk Arjunaidi Mohamed - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sejak 16 Mac tahun lepas sembilan anggota termasuk seorang pegawai kanan polis di Selangor telah meninggal dunia akibat jangkitan COVID-19.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata dalam tempoh itu juga tiga ahli keluarga polis di kontinjen Selangor  meninggal dunia akibat pandemik berkenaan, manakala 331 anggota serta pegawai dikuarantin kerana positif COVID-19 dan 312 lagi diarahkan menjalani kuarantin kerana disyaki kontak rapat.

"Keseluruhan pegawai kanan, anggota dan ahli keluarga yang disahkan positif sejak 16 Mac tahun lepas hingga semalam adalah seramai 910 orang dan mereka yang diarahkan kuarantin adalah 4,332 orang,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Beliau berkata setakat Sabtu lepas pihaknya telah mengeluarkan 2,063 kompaun berkaitan usaha memerangi pandemik, dengan kesalahan utama adalah rentas negeri, gagal mengimbas aplikasi MySejahtera dan tiada penjarakan fizikal sepanjang Fasa Satu Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara di Selangor. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut