web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Sekeluarga Nyaris Dihanyutkan Arus Deras Sungai Klang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 9:41PM

Dua anggota polis berjaya menyelamatkan tiga sekeluarga yang berdepan detik cemas apabila hampir dihanyutkan arus deras Sungai Klang, petang semalam. - Gambar dari Facebook Ahyie Hairi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan berani dua anggota polis berjaya menyelamatkan tiga sekeluarga yang berdepan detik cemas apabila hampir dihanyutkan arus deras Sungai Klang yang naik mendadak akibat hujan lebat ketika sedang memancing, petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata dalam kejadian pada jam 3.30 petang di tepi Jalan Kuching menghala Jalan Kinabalu itu, sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka dilaporkan terperangkap sebelum kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis.

Lelaki ini hampir dihanyutkan arus deras Sungai Klang akibat air naik mendadak ketika memancing. - Gambar dari Facebook Ahyie Hairi
Lelaki ini hampir dihanyutkan arus deras Sungai Klang akibat air naik mendadak ketika memancing. - Gambar dari Facebook Ahyie Hairi

“Bertindak atas maklumat, dua anggota polis dari Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur bergegas ke tempat kejadian dan berjaya menyelamatkan kesemua mangsa tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tindakan berani dua anggota polis berkenaan iaitu Lans Kpl Hafizul Khalis Anuar dan Konstabel Wan Muhammad Hazleeshah Wan Hasbullah yang berpaut pada palang besi untuk menyelamatkan mangsa, mendapat pujian daripada netizen setelah video kejadian tular di media sosial. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut