web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Amuk Di Atas Kapal, 2 Maut Ditetak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Aug 2021 9:30PM

Mancha Ata (kiri) menunjukkan parang yang digunakan suspek dalam  kejadian amuk yang berlaku di kapal tongkang, Muara Tabuan, Kuching, awal pagi tadi.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Dua lelaki tempatan maut, manakala seorang lagi cedera parah ditetak menggunakan parang dalam kejadian amuk melibatkan sebuah tongkang yang berlabuh di Muara Tabuan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.31 pagi itu, mangsa, kedua-duanya yang berusia 20an ditemukan terbaring berlumuran darah di lantai kapal.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Mancha Ata berkata, seorang lagi mangsa yang cedera parah berusia 50-an dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapat rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Menurut beliau, polis menerima maklumat berhubung satu pergaduhan di atas kapal yang berlabuh di jeti berkenaan.

"Pihak polis bergegas ke lokasi kejadian dan turut menghubungi pihak ambulans untuk bantuan lanjut," katanya ketika mengadakan sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak petang ini.

Menjelas lanjut Manta berkata, pegawai perubatan mengesahkan kedua-dua mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

"Pihak forensik IPK dan HUS turut digerakkan ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Suspek utama kes, seorang lelaki warga negara Indonesia berusia 47 tahun berjaya ditangkap ketika menyerah diri di Balai Polis Bintawa dan akan direman selama seminggu mulai hari ini,” katanya.

Manta memberitahu, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke HUS bagi menjalani ujian COVID-19 dan proses bedah siasat, manakala punca kejadian masih dalam siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai perkembangan kes tembakan yang berlaku di Skuadron 330, Kem TUDM Kota Samarahan, Manta berkata pihak polis masih menunggu keputusan bedah siasat daripada HUS.

“Jenazah Koperal (U) Mohammad Ehsan Sehamat dan Koperal (U) Sharif Mohd Siddiq Al-Attas Wan Sabli telah diserahkan kepada keluarga dan selamat dikebumikan semalam.

"Dua lagi iaitu mayat mendiang Koperal (U) Ho Swee Boon dan Laskar Udara Kanan Nesly ak Nabau masih dalam proses bedah siasat," jelasnya. - Getaran,16 Ogos 2021
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut