web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sakit Jantung Lepas Vaksin, Remaja Dapat Pampasan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Aug 2021 7:27AM

Remaja berkenaan yang berusia 16 tahun menerima dos pertama pada 27 Jun lalu dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Remaja lelaki berusia 16 tahun yang mengalami serangan jantung di luar hospital enam hari selepas menerima dos pertama vaksin COVID-19 di sini, dan memerlukan rawatan intensif, kini semakin stabil, menurut Kementerian Kesihatan Singapura. 

Remaja itu menerima dos pertama pada 27 Jun 2021 dan kini sedang menjalani rawatan pemulihan.

“Dia menunjukkan kemajuan yang baik dan dapat melakukan kegiatan seharian tanpa bantuan. Kemungkinan dia akan dibenarkan pulang dalam beberapa minggu lagi, tetapi perlu menjalani rawatan pesakit luar sebelum boleh kembali ke sekolah dan meneruskan aktiviti lain,” menurut kenyataan kementerian itu hari ini. 

Hasil siasatan perubatan mendapati remaja tersebut mengalami miokarditis akut teruk yang menyebabkan serangan jantung yang berlaku di luar hospital.

"Miokarditis mungkin merupakan kesan sampingan yang serius akibat daripada vaksin COVID-19 yang diterimanya, ia mungkin disebabkan beban yang diangkat melebihi berat badannya ketika melakukan aktiviti angkat berat dan penggunaan kafein yang tinggi melalui minuman dan makanan tambahan tenaga," menurut kementerian itu. 

Di bawah Program Bantuan Kewangan Kecederaan Vaksin (VIFAP) oleh kementerian, bantuan sekali bayar sebanyak S$225,000 (RM703,000) telah diberikan kepada remaja berkenaan dan keluarganya.

Kementerian memaklumkan meskipun terdapat sedikit risiko miokarditis atau perikarditis berikutan pemberian vaksin, kadar kejadian  tetap rendah pada 0.48 per 100,000 dos yang diberikan, berdasarkan pemantauan farmakovigilans yang dilaksanakan Pihak Berkuasa Sains Kesihatan (HSA).

"Sebahagian besar telah memberikan tindak balas yang baik terhadap rawatan dan telah pulih atau keluar dari hospital," menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad