web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kapal Kargo Berpatah Balik, Bekalan Gula Terjejas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 8:17AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Tindakan kapal kargo yang berpatah semula ke Pasir Gudang, Johor dikesan sebagai punca bekalan gula pasir di wilayah ini berkurangan.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Labuan, Amirul Hadi Idham, beberapa langkah perlu telah diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

“Ia termasuk meminta Sabah memberi sedikit peruntukan gula buat keperluan penduduk di sini.

“Difahamkan kapal membawa bekalan gula tidak dapat berlabuh di Labuan kerana tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP), yang belum membuka kebenaran untuk kapal asing berlabuh,” katanya di sini.

Amirul Hadi berkata, pihaknya seawal bulan ini telah melaksanakan libat urus secara atas talian bersama pelbagai jabatan untuk mengatasi masalah bekalan gula bagi jangka panjang.

Antara yang terlibat katanya ialah Jabatan Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara serta beberapa agensi kerajaan terbabit khusus dalam rantaian bekalan makanan dan barangan keperluan di sini.

“Dalam sesi tersebut telah dijelaskan bahawa SOP berkaitan kemasukan barangan keperluan melalui jalan laut ke Labuan hendaklah tidak menjejaskan bekalan pasaran,” katanya.

Menurut Amirul, tindakan susulan juga sedang dijalankan untuk memperoleh bekalan daripada pengilang melalui pelbagai syarikat pemborong.

“Pasaraya di sekitar Labuan telah dinasihatkan agar membuat kawalan kendiri bagi memastikan bekalan barang kawalan itu sentiasa berada dalam pasaran.

“Para pengguna juga dinasihatkan agar tidak membuat pembelian panik dan berbelanja secara berhemah sepanjang tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 3 ini,” katanya. - Getaran, 18 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad