web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sarawak Rekod 1,403 Kes Harian, 2 Kematian

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2021 8:45PM

Gambar hiasan Bernama

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak merekodkan 1,403 kes jangkitan harian baru COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 90,810 setakat hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, 1,159 daripada kes berkenaan merupakan kategori satu iaitu tidak bergejala. 

“Sebanyak 240 merupakan kategori dua (gejala ringan), dan masing-masing dua kes kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) serta kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

“Daerah Kuching kekal merekodkan kes harian tertinggi sebanyak 557, diikuti Serian (247), Samarahan (228), Bau (99), Tebedu (49), Sibu (34), Pusa (33), Bintulu (25), Lundu (22), Sri Aman (22) dan Simunjan (20),” katanya di sini.

Menurut jurucakap itu, lain-lain kes dikesan di Selangau (16), Tatau (11), Mukah (8), Subis (6), Betong (5), Miri (4), Sebauh (4), Beluru (4), Asajaya (3), Kabong (2), Kapit (2) dan Lubok Antu (2).

JPBNS turut memaklumkan, dua kematian akibat COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan seramai 491 orang.

“Kematian ini melibatkan lelaki dan perempuan warga emas tempatan, masing-masing berusia 71 dan 88 tahun. 

“Kedua-dua pesakit dilaporkan meninggal di Hospital Sibu dan Hospital Umum Sarawak(HUS),” ujarnya.

Jurucakap itu memberitahu, terdapat 1,063 kes pulih dan dibenar discaj hari ini,  manakala jangkitan aktif yang menerima rawatan serta diasingkan di wad hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid(PKRC) sebanyak 9,936.

“Dalam pada itu, daerah Beluru telah bertukar ke status merah daripada jingga setelah merekodkan 41 kes jangkitan tempatan sejak 14 hari lalu.

“Ini menjadikan jumlah daerah berstatus merah meningkat kepada 22 manakala empat daerah berstatus jingga, 10 daerah berstatus kuning dan empat daerah berstatus hijau,” katanya. - Getaran, 18 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad