web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kadar Vaksinasi Di Selangor Capai 80.2 Peratus - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 7:57AM

Seramai 2.61 juta penduduk Selangor telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sejumlah 80.2 peratus atau 3.81 juta populasi dewasa di Selangor telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Menerusi hantaran di Twitter, beliau berkata sejumlah 54.9 peratus atau 2.61 juta orang pula telah melengkapkan suntikan dua dos vaksin di negeri itu. 

Katanya menerusi Program Vaksin Selangor (SelVAX), sebanyak 304,784 dos tambahan vaksin telah diberikan.

Amirudin berkata usaha yang digembleng menerusi SelVAX dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menyaksikan sejumlah 6.42 juta dos suntikan vaksin telah diberikan di Selangor.

Selangor dan Kuala Lumpur adalah dua negeri yang terlibat dalam ‘operasi lonjakan kapasiti' bagi membendung penularan pandemik itu di Lembah Klang sejak bulan lepas. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut