web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pentingnya Nutrisi Seimbang Untuk Kekal Sihat Sepanjang Pandemik - Pakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 8:29AM

Pakar pemakanan menasihati orang ramai agar dapat mengekalkan berat badan sihat bagi menjamin kadar pembentukan antibodi yang tinggi selepas menerima suntikan vaksin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selain menjaga keselamatan dan kesihatan melalui prosedur operasi standard (SOP) ketika pandemik COVID-19, pengambilan makanan bernutrisi serta seimbang amat penting bagi meningkatkan sistem imunisasi badan.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan (FSMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Khor Ban Hock berkata, sistem imunisasi seseorang yang tinggi mampu membantu mereka melawan jangkitan bakteria, fungus dan parasit.

“Sehubungan itu, orang ramai digalakkan mengambil pelbagai jenis makanan yang kaya nutrien untuk menyokong sistem imunisasi badan masing-masing.

“Makanan ini haruslah mengandungi nutrien, seperti Vitamin A, B6, B12, C, D dan E serta folat, zink, copper, selenium serta zat besi,” katanya kepada Getaran. 

Dr Khor Ban Hock
Dr Khor Ban Hock

Namun, Khor berkata, individu dinasihatkan supaya mengambil makanan bernutrien itu mengikut keperluan masing-maisng.

Katanya, ada pihak tersalah faham bahawa pengambilan makanan mengandungi nutrient yang banyak pada satu-satu masa akan meningkatkan imunisasi.

Perkara itu katanya, adalah tidak benar kerana pengambilan nutrien melebihi keperluan harian bukan sahaja tidak meningkatkan sistem imun, malah boleh memudaratkan diri sekiranya diambil dalam kuantiti yang banyak.

“Saya juga menyarankan agar semua pihak terus mengekalkan berat badan sihat bagi menjamin kadar pembentukan antibodi yang tinggi selepas menerima suntikan vaksin.

“Kajian menunjukkan pembentukan antibodi adalah lebih rendah kepada penerima vaksin mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti yang bukan sahaja membabitkan vaksin COVID-19, tetapi juga Influenza, Hepatitis B dan Rabbies,” katanya.

Khor menarik perhatian, tidak bermakna individu dengan berat badan berlebihan tidak perlu mengambil vaksin kerana suntikan imunisasi terbabit penting untuk melindungi diri daripada ancaman COVID-19.

“Tetapi diingatkan menjaga berat badan ideal sangat penting sekiranya kita mahu badan kita memberi maklum balas imunisasi lebih baik selepas menerima suntikan vaksin,” katanya. - Getaran, 19 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad