web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir Di Yan, 14 Mangsa Positif COVID Ditempatkan Di PPS SK TEROI

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 8:44AM

14 penduduk yang positif COVID-19 dan terlibat dalam kejadian banjir ekoran fenomena kepala air petang semalam, ditempatkan di pusat permindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi, Yan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seramai 14 individu positif COVID-19 ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Teroi, Yan selepas kediaman mereka dinaiki air ekoran banjir dan fenomena kepala air yang berlaku petang semalam.

Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor berkata selain itu, seramai 45 individu yang menjalani kuarantin di rumah turut dipindahkan ke PPS tersebut disebabkan bencana sama.

"Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Yan telah membuka pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan yang menempatkan 60 mangsa.

"Mangsa yang positif (14) dan kuarantin (45) akibat COVID-19 ditempatkan di SK Teroi. Kedua-dua penempatan dipantau rapi oleh semua agensi berdasarkan prosedur operasi standard yang sedia ada," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri telah menggerakkan semua agensi dan jabatan bagi membantu mangsa yang terkesan akibat bencana itu yang berlaku sekitar 5.30 petang semalam.

Muhammad Sanusi berkata PKOB Yan akan menguruskan tindakan lanjut untuk membantu penduduk yang terkesan dan menyediakan laporan lengkap berkaitan bencana itu dengan segera. 

Pihak berkuasa tempatan (PBT) yang berhampiran termasuk Majlis Daerah Pendang, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Majlis Bandaraya Alor Setar dan Majlis Daerah Sik akan digerakkan membantu Majlis Daerah Yan membersihkan kawasan, pemindahan penduduk dan menyediakan keperluan logistik.

Katanya, Syarikat Air Darul Aman pula akan menghantar bekalan air ke kawasan yang terputus bekalan ekoran penutupan loji rawatan air di kawasan itu akibat kelodak dan lumpur. 

Selain itu, Muhammad Sanusi berkata bantuan daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) juga dijangka akan diperoleh bagi membantu penduduk yang terjejas.

Sementara itu, beliau berkata sejak semalam pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menjalankan operasi mencari dan menyelamat di semua lokasi yang dilaporkan terdapat mangsa yang terperangkap atau hilang dan setakat ini tiga mangsa dijumpai meninggal dunia.

Menurutnya, tiga lagi mangsa dipercayai masih hilang sehingga operasi ditangguhkan pada 1.05 pagi tadi dan operasi mencari ketiga-tiga mereka disambung semula 7 pagi ini.

Muhammad Sanusi berkata kerajaan Kedah juga merakamkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan yang masih hilang serta mendoakan mereka selamat. 

"Kepada penduduk yang terjejas, diharap mengutamakan keselamatan diri dan keluarga. Penduduk yang diarahkan berpindah perlu berpindah ke pusat pemindahan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut