web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banjir, 3 PPS Dibuka Di Pulau Pinang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 11:16AM

Petugas keselamatan membantu seorang warga emas berpindah ke tempat selamat selepas rumahnya dinaiki air di Pulau Pinang. - Gambar dari Facebook ADUN PH N38 Bayan Lepas

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Pulau Pinang bagi menempatkan mangsa banjir ekoran hujan lebat di negeri itu sejak tengah hari semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar dan Kebajikan Pulau Pinang Phee Boon Poh berkata dua PPS dibuka di kawasan Jawi di Nibong Tebal, membabitkan Dewan Jawatankuasa Kecil dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Kechil dan Sekolah Kebangsaan (SK) Jawi.

"PPS Dewan JKKK Sungai Kechil yang dibuka pada 1 pagi tadi menempatkan satu keluarga terdiri daripada sembilan orang termasuk tiga kanak-kanak manakala PPS SK Jawi pula dibuka pada 12 tengah malam dengan 11 orang daripada empat keluarga ditempatkan di situ," katanya yang dihubungi hari ini.

Hujan lebat malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat. - Gambar dari ADUN PH N38 Bayan Lepas
Hujan lebat malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat. - Gambar dari ADUN PH N38 Bayan Lepas

Phee berkata kawasan Jawi dilanda banjir pada kira-kira 10 malam tadi selepas hujan kembali lebat pada 7.30 malam dan lebih 10 buah rumah di kawasan itu dinaiki air hingga kira-kira 0.5 meter.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik ketika dihubungi berkata sebuah PPS di Dewan Al Barakah, Masjid Maqbul, Teluk Kumbar dekat sini dibuka pada 11 malam tadi dan menempatkan tiga keluarga membabitkan 12 orang.

Beliau berkata kebanyakan kawasan yang terjejas banjir di kawasan Parlimen Balik Pulau telah pulih namun terdapat beberapa lokasi seperti Kampung Jalan Baru dan Taman Manggis dinaiki air lewat malam tadi berikutan air pasang pada sebelah malam disusuli hujan lebat.

"Setakat ini banjir di kawasan Parlimen Balik Pulau semakin surut dan hanya tiga keluarga sahaja di tempatkan di PPS. Saya juga telah meminta bantuan Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk menolong membersihkan kawasan dan rumah mangsa banjir hari ini," katanya.

Muhammad Bakhtiar berkata beliau dan Ahli Dewan Undangan Negeri Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz turut menyediakan bantuan segera merangkumi makanan dan minuman kepada semua mangsa banjir semalam dan akan melihat keperluan lain yang diperlukan mereka hari ini.

Ketika ini cuaca di Pulau Pinang mendung dengan beberapa kawasan di tanah besar negeri itu hujan renyai-renyai.

Semalam hujan lebat lebih tiga jam telah menyebabkan ratusan rumah di Teluk Kumbar, Balik Pulau dan Teluk Bahang iaitu di dalam kawasan Parlimen Balik Pulau dilanda banjir menyebabkan kediaman mereka ditenggelami air hingga setengah meter.

Hujan lebat sejak 12.30 tengah hari itu turut menyebabkan beberapa jalan raya terutama di Pulau Betong, Balik Pulau tidak boleh dilalui kenderaan ringan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut