web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Jatuh Ditimpa Tangga, Bencana Kepala Air Tambah Derita

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 1:04PM

Mohd. Nazri Anas Aziz bingung memikirkan nasib selepas rumah sewanya ditenggelami air mengakibatkan peralatan elektrik dalam rumah dan motorsikalnya mengalami kerosakan yang teruk.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JERAI  - ''Selama ini kami makan pun tak cukup sebab saya kehilangan pekerjaan, kini rumah pula dibadai fenomena kepala air.''

Itu keluhan seorang suami, Mohd. Nazri Anas Aziz, 29, ketika diminta mengulas kejadian yang melanda beberapa kawasan di sekitar Gunung Jerai, semalam. 

Menurut Mohd. Nazri, ketika kejadian, dia dan isteri, Nor Fatihah Othman, 26, tidak berada di rumah sewa mereka di Kampung Seberang Pekan kerana berada di rumah emaknya di Simpang Tiga Sungai Daun.

Namun katanya, dia terkejut apabila menerima panggilan dari rakan memaklumkan rumah itu dinaiki air. 

"Saya dan isteri bergegas pulang ke rumah namun tersangkut di tengah jalan kerana beberapa laluan tertutup akibat banjir.

"Apabila kami sampai ke rumah kira-kira pukul 11 malam, tiada apa yang selamat kecuali televisyen yang berada di kawasan tinggi. Barangan lain seperti peti ais, mesin basuh serta motosikal yang diletakkan dalam rumah, rosak dan tidak boleh digunakan lagi," katanya ketika ditemui Getaran di Pusat Pemindahan Khas Mangsa Banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan di sini, hari ini. 

Tambahnya, dia buntu memikirkan perjalanan mereka sekeluarga selepas ini, memandangkan kehidupan mereka sebelumnya sudah cukup teruji. 

"Dulu saya bekerja di kedai aluminium tetapi sejak beberapa bulan lalu, memang tak bekerja kerana kedai tidak dibuka di sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Untuk makan dan minum pun terpaksa mengharap ihsan emak atau ibu mertua malah isteri pun sudah berapa lama tidak ke hospital, walaupun sepatutnya menjalani rawatan berkala di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)," katanya.

Abdul Nasir Md. Daud menunjukkan serpihan sampah dan pokok yang hanyut ke chalet miliknya.
Abdul Nasir Md. Daud menunjukkan serpihan sampah dan pokok yang hanyut ke chalet miliknya.

Sementara itu pemilik Neo Era Chalet di Kawasan Peranginan Titi Hayun, Abdul Nasir Md. Daud, 64, berkata, ketika kejadian dia hanya mampu berdoa apabila melihat arus deras yang membawa bersama kayu-kayu balak dan batu besar seakan bergumpal di sungai belakang chaletnya. 

Katanya, dia langsung tidak menyangka sungai kecil di belakang chaletnya itu berubah sebegitu rupa memandangkan kejadian sebegitu tidak pernah berlaku selama ini.

"Apabila kejadian itu berakhir, sebahagian daripada tanah saya sudah terhakis malah dewan terbuka juga lenyap. Sungai yang dulunya kecil kini menjadi cukup luas. 

"Aliran sungai di beberapa kawasan turut berubah dan kini saya masih belum pasti bagaimana untuk menghidupkan kembali perniagaan memandangkan nilai kerugian dialami cukup besar," katanya yang sudah 20 tahun menjalankan perniagaan di situ. - Getaran 19 Ogos 2021.

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki OKU Hilang: Polis Minta Bantuan Orang Ramai Kesan Mangsa

Semasa 1 hari yang lalu

LHDN Negeri Diharap Tingkatkan Kutipan Hasil, Elakkan Ketirisan - PM

Sukan 4 jam yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya