web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Perak Agih RM1.8 Juta Kepada 9 SUWA

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 3:24PM

Saarani (tiga dari kanan) menyampaikan bantuan pendidikan kepada wakil SUWA.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan Perak menyampaikan bantuan pendidikan sebanyak RM1.8 juta untuk diagihkan kepada sembilan Sekolah Persendirian Cina (SUWA) bagi membantu mengurangkan beban kewangan yang dihadapi semua institusi terbabit.

Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad berkata, bantuan itu adalah sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM8.1 juta kepada pelajar Sekolah Kebangsaan, Sekolah Mubaligh, Sekolah Vernakular dan SUWA yang diumumkan dalam Bajet Perak 2021. 

Katanya, sembilan SUWA terbabit menerima bantuan itu adalah Sekolah Menengah Shen Jai, Sekolah Menengah Yuk Choy, Sekolah Menengah Poi Lam.

Sekolah Menengah Nan Hwa, Sekolah Menengah Yik Ching, Sekolah Menengah Pei Yuan, Sekolah Menengah Tsung Wah, Sekolah Menengah San Min dan Sekolah Tinggi Hua Lian.

“Dengan bantuan ini, setiap SUWA berkenaan akan menerima peruntukan sebanyak RM200,000 yang berupaya memberi manfaat kepada kira-kira 10,000 guru dan pelajar SUWA seluruh negeri Perak.
 
“Dalam suasana pandemik COVID-19 yang menjejaskan sistem persekolahan sejak hampir dua tahun, peruntukan ini diharap sedikit sebanyak dapat membantu pihak pengurusan sekolah untuk membiayai program pendidikan demi kebaikan guru dan pelajar,” katanya di sini.
 
Saarani berkata, bantuan itu adalah komitmen berterusan kerajaan negeri sejak dahulu lagi dalam membantu semua sekolah persendirian.

Katanya, kerajaan negeri turut memberi bantuan dari segi remitan cukai tanah dan tunggakan cukai tanah pada kadar norminal RM 10 per lot setahun. - Getaran, 19 Ogos 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad