web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cubaan Sorok Syabu Dalam Makanan Gagal, 2 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 8:38PM

Polis berjaya menggagalkan cubaan seorang penghantar makanan untuk membawa masuk syabu yang disembunyi dalam bungkusan makanan kepada penduduk Kampung Baru, Kota Samarahan.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA SAMARAHAN - Cubaan seorang penghantar makanan menghantar bekalan dadah jenis syabu yang disorok dalam bungkusan makanan kepada penduduk di Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Baru, di sini, gagal selepas dikesan pihak polis semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan (DSP) Sudirman Kram berkata, sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) bersama petugas sekatan jalan raya (SJR) di PKPD telah membuat pemeriksaan ke atas bungkusan makanan itu yang dilihat mencurigakan.

Menurut beliau, dadah itu cuba dihantar melalui perkhidmatan penghantar makanan untuk diserah kepada seseorang yang berada di dalam kawasan PKPD berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati, bungkusan nasi tersebut mengandungi lapan paket plastik lutsinar berisi ketulan disyaki dadah syabu seberat 20 gram," katanya kepada Getaran hari ini.

Sudirman berkata, susulan penemuan, seorang lelaki berusia 30 tahun diberkas ketika datang ke SJR berkenaan untuk menuntut bungkusan terbabit.

“Kami turut menahan penghantar makanan itu yang juga berusia 30 tahun untuk siasatan lanjut.

"Hasil ujian air kencing yang dijalankan terhadap suspek penerima bungkusan mendapati dia positif dadah jenis metafetamin manakala penghantar makanan pula disahkan negatif dadah,"jelasnya.

Sudirman memberitahu, penahahan kedua-dua suspek dibuat di bawah Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya1952.

"Mereka kini ditahan di lokap Balai Polis Kota Samarahan untuk siasatan lanjut dan permohonan reman untuk kedua-duanya dibuat hari ini," katanya. - Getaran, 19 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad