web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pahang Tunggu Kelulusan MKN, KKM Gerak Kembali Sektor Pelancongan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Aug 2021 8:58PM

Kamaruddin (kiri) bersama Ahmad Nasim (tengah) dan Mohd Johari (kanan) menyampaikan sumbangan Bantuan Prihatin Pahang COVID-19 Fasa 3 kepada pengusaha sektor pelancongan daerah Rompin di Dewan Kuala Rompin, hari ini. 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ROMPIN -  Kerajaan negeri Pahang sudah bersedia untuk memulakan kembali operasi sektor pelancongan dan hanya menanti kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM) untuk berbuat demikian.

Pengerusi Besar Tourism Malaysia Pahang, Kamarudin Ibrahim berkata, lapan lokasi pelancongan negeri sudah melengkapkan proses vaksinasi masing-masing, sebagai mematuhi syarat ditetapkan kerajaan sebelum ini.

Menurut beliau, pihaknya masih menunggu MKN dan KKM memuktamadkan keputusan berkenan walaupun semua operator pusat pelancongan sudah mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

"Semuanya (SOP) sudah sedia ada dan kita hanya menunggu kebenaran daripada mereka (MKN dan KKM) sebelum membuka lapan lokasi pelancongan yang sudah dikenal pasti pihak Tourism negeri. 

"Kalau boleh perkara ini diselesaikan segera sebelum hujung bulan, kerana kita bimbang ada lokasi seperti Pulau Tioman bakal terkesan dengan Monsun Timur Laut yang dijangka bermula awal Oktober hingga Mac tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mengiringi Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Seri Mohd Johari Hussain menyampaikan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) COVID-19 Fasa III di Dewan Kuala Rompin, dekat sini, hari ini. 

Turut hadir Pegawai Daerah Rompin, Ahmad Nasim Mohd Sidek. 

Menurut Kamarudin, operator pelancongan di Pulau Tioman mempunyai masa sangat terhad untuk beroperasi iaitu sekitar dua bulan, sebelum kedatangan Monsun Timur Laut dan ini sangat merugikan kerana mereka sudah lama terkesan dengan sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Lapan lokasi yang sudah sedia menerima kedatangan pelancong adalah Pulau Tioman, Rompin; Janda Baik, Bentong; Taman Negara, Jerantut; Genting Highlands, Bentong; Bukit Fraser, Raub; Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Temerloh; Taman Negeri, Rompin dan Cameron Highlands,” katanya.

Sementara itu, Mohd Johari yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tioman berkata, kerajaan perlu mempertimbangkan dan memberi tumpuan khusus kepada proses pemulihan segera sektor pelancongan di pulau berkenaan yang terjejas teruk sejak tahun lalu. 

"Lebih 95 peratus penduduk di Pulau Tioman mengharapkan sektor pelancongan sebagai sumber pendapatan mereka dan jika perkara ini tidak diselesaikan segera, kita bimbang pemain industri pelancongan di sana tidak mampu untuk terus bertahan. 

"Lagi pun vaksinasi untuk penduduk dan operator sektor pelancongan di sana 90 peratus lengkap, membuatkan pulau itu sudah bersedia menerima kedatangan pelancong,” katanya.

Pada majlis berkenaan, seramai 107 pengusaha bot pelancong dan pemandu pelancong sekitar daerah Rompin menerima sumbangan wang tunai dan pek barangan keperluan asas pada program yang diadakan secara pandu lalu itu. – Getaran, 19 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Global: 171 Ditahan Bantu Siasatan Eksploitasi Kanak-kanak, 402 Mangsa Diselamatkan

3

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Rampas Peralatan Darjah Kebesaran Palsu Daripada Pengarah Syarikat Telekomunikasi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad