web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19 Meningkat, Sarawak Larang Dine-In Di Zon Selatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Aug 2021 10:14PM

Gambar fail

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sarawak memperketatkan semula prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak membenarkan orang ramai makan dan minum di kedai selama seminggu berkuat kuasa Ahad ini sehingga 29 Ogos nanti.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, larangan itu terpakai ke atas Zon Selatan, susulan peningkatan kes COVID-19.

Ia meliputi Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu.

“Antara SOP yang akan dilaksanakan ialah larangan untuk dine-in dan pemendekan waktu operasi perniagaan iaitu dari jam 5 pagi sehingga 8 malam.

“Orang ramai juga tidak dibenarkan berkumpul di kawasan awam selepas jam 10 malam tanpa alasan yang munasabah dan SOP ini akan berkuat kuasa mulai jam 12.01 pagi 22 Ogos 2021 sehingga jam 11.59 malam 29 Ogos nanti,” kata jurucakap berkenaan.

Menurut beliau, Sarawak merekodkan 2,548 kes COVID-19 hari ini, iaitu jumlah tertinggi sejak pandemik itu melanda tahun lepas. 

“Kuching merekodkan kes harian tertinggi 1,601 diikuti Serian (240) Bau (131) dan Samarahan (116). 

“Lain-lain kes dikesan di Lundu (94), Simunjan (60), Tebedu (41), Sibu (38), Bintulu (37), Belaga (36), Pusa (30), Mukah (22), Sri Aman (22), Sarikei (12), Asajaya (11), Subis (9), Miri (8), Saratok (7), Selangau (6), Bukit Mabong (5) dan Pakan (5),” jelasnya.

Menurut jurucakap itu lagi, empat lagi kes dikesan di Tatau, masing-masing dua di Kapit dan Sebauh, serta satu jangkitan di Betong, Kanowit, Lubok Antu, Song, Julau dan Beluru. 

“Daripada 2,548 kes baharu yang dilaporkan ini, 87.28 peratus atau 2,224 kes merupakan kategori 1 iaitu tiada gejala dan 12.68 peratus atau 323 merupakan kategori 2 iaitu gejala ringan. 

“Hanya satu kes atau 0.04 peratus merupakan kategori 5 iaitu jangkitan paru-paru dan memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya. - Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut