web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Buat Lencongan Di 88 Lokasi Di Ibu Kota, Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 7:57AM

Pekerja kontraktor melakukan kerja-kerja pemasangan pagar, malam tadi, untuk menghalang perarakan perhimpunan yang dijadualkan berlangsung di sekitar ibu kota, hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis akan membuat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu negara mulai 9 pagi ini berikutan terdapat maklumat ada pihak yang merancang mengadakan perhimpunan atau perarakan, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Sarifudin Mohd Salleh berkata antara jalan yang terlibat adalah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Loke Yew, Jalan Tun Sambathan, Jalan Bukit Bintang, Masjid Negara dan Bulatan Sultan Hishamudin.

“Turut terlibat dalam lencongan jalan raya adalah Jalan Kuching, Susur Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Jalan Istana dan Bulatan Sungai Besi.

"Polis menasihatkan warga kota khususnya pengguna jalan raya agar mengelakkan melalui jalan-jalan berkenaan dan mematuhi arahan polis untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal dan lancar," katanya dalam kenyataan semalam.

Sarifudin berkata orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai polis terdekat untuk sebarang pertanyaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut