web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terengganu Tambah PKRC, Persediaan Peningkatan Kes COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 9:48AM

Dr Alias Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri akan membuka sebuah lagi Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Stadium Negeri dalam masa terdekat sebagai persediaan menghadapi kemungkinan peningkatan kes COVID-19.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Dr Alias Razak turut menafikan laporan bahawa penggunaan katil untuk rawatan COVID-19 sudah melebihi paras maksimum, seperti yang tersebar kelmarin.

Menurut beliau, Terengganu mencatatkan kadar penggunaan katil sebanyak 65 peratus setakat ini.

"PKRC ini kita buka sebagai persediaan awal untuk menangani peningkatan kes yang memerlukan bantuan oksigen.

"Ini berdasarkan laporan bahawa bilangan kes COVID-19 terutama pesakit yang memerlukan bantuan oksigen terus meningkat," katanya kepada media di sini.

Dr Alias berkata, pemilihan Stadium Negeri sebagai PKRC dibuat berdasarkan keluasan tapak dan saiz yang besar, sekali gus membolehkan lebih ramai pesakit ditempatkan di premis tersebut.

“Lokasi Stadium Negeri juga berdekatan Hospital Sultanah Nur Zahirah dan mempunyai fasiliti yang baik seperti parkir dan bilik yang boleh digunakan untuk petugas," katanya.

Jelas Dr Alias, Terengganu sehingga kini memiliki tujuh PKRC yang mampu memuatkan sehingga  3,193 katil.

Tujuh PKRC di seluruh negeri itu ialah Institut Pendidikan Guru Sultan Mizan di Besut, Universiti Teknologi MARA Kuala Terengganu, Kem Wawasan Besut, Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia di Kuala Terengganu, Penjara Marang dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kemaman.

Terengganu yang kini memasuki status fasa kedua Pelan Pemulihan Negara PPN merekodkan 521 kes postif COVID-19 setakat semalam. - Getaran, 20 Ogos 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad