web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di Perak, Kedah, Meningkat Pagi Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 11:25AM

Kerja-kerja pembersihan menggunakan jentolak di pekarangan sekolah dijalankan untuk membuang lumpur di Sekolah Kebangsaan Haji Nyak Gam, Yan, beberapa hari lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Kedah meningkat pagi ini, susulan bencana banjir yang berlaku sejak Rabu.

Di Perak, jumlah penduduk yang terjejas banjir di tiga daerah meningkat kepada 149 orang pagi ini berbanding 99 orang semalam.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, sebuah PPS dibuka di daerah Larut, Matang dan Selama, di Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Trong pada pukul 5 petang semalam, menempatkan 13 orang dari empat keluarga, disebabkan paras air meningkat di Kampung Sungai Nyior, Padang Gajah.

Jumlah mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Matang di Taiping turut bertambah kepada 107 orang dari 33 keluarga, berbanding 88 orang semalam ekoran banjir di empat kawasan iaitu, di Kampung Sungai Rentaka, Kampung Melawati, Kampung Jebong Kiri dan Kampung Tebuk.

“Seramai 18 orang dari enam keluarga ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak, berikutan keadaan di Kampung Matang Tengah terjejas dengan banjir, manakala jumlah mangsa di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Smart Batu 8, Jalan Changkat Jong di Teluk Intan masih kekal 11 orang dari tiga keluarga,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri dalam satu kenyataan berkata runtuhan ban di Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Samagagah berlaku di Alor Pongsu di daerah Kerian pada pukul 10.30 pagi semalam.

Menurut kenyataan itu, kejadian berkenaan menyebabkan paras air di Sungai Beriah dan Sungai Samagagah mencecah 3.32 meter, iaitu melepasi paras bahaya manakala ketinggian aras banjir dianggarkan berada pada paras antara 0.6 hingga 1.5 meter.

“Limpahan air Sungai Samagagah akibat hujan lebat luar biasa di kawasan tadahan Sungai Kerian, menyebabkan ban RTB Samagagah tidak dapat menampung kapasiti air sungai yang melintas, dan menyebabkan ban RTB Samagagah putus.

“Pihak JPS Kerian mengaktifkan operasi pam kekal di Matang Tengah, bagi mengeluarkan air yang terperangkap serta membuka pintu di Ampang Jajar,” menurut kenyataan itu.

Di Kedah, satu PPS baharu dibuka di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Siong, bagi menempatkan lima mangsa banjir daripada satu keluarga di daerah Baling, hari ini. 

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah dalam satu kenyataan berkata, PPS SK Siong itu mula diaktifkan pada pukul 3 pagi tadi, berikutan kejadian banjir yang berlaku, semalam.

Sementara itu, di Yan dua PPS yang dibuka sejak Rabu lalu iaitu PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Yan dan PPS SK Teroi masih aktif dibuka, walaupun tiada mangsa ditempatkan.

“Tiga orang daripada satu keluarga yang ditempatkan di PPS SMK Agama Yan telah dibenarkan pulang ke rumah, semalam selepas paras air kembali surut,” katanya.

Pada petang Rabu lalu, fenomena kepala air yang berlaku di Gunung Jerai telah menyebabkan banjir yang menjejaskan sekitar 1,000 buah rumah di Yan dan Kuala Muda selain mengorbankan empat nyawa setakat ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut