web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CCTV Bantu Polis Tangkap Pencuri Dompet

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 1:24PM

Rakaman CCTV menunjukkan suspek sedang membuka pintu sebuah kereta Perodua Kancil yang diparkir di tepi jalan di Sibu.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.


SIBU - Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membantu pihak polis menangkap seorang penganggur, selepas enam jam suspek mencuri dompet milik seorang warga emas yang disimpan dalam sebuah kereta di Jalan Salim di sini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Stanley Jonathan Ringgit berkata, dompek berkenaan disimpan mangsa dalam sebuah Perodua Kancil yang diparkir di tepi jalan.

Menurut beliau, kelibat suspek berusia 42 tahun itu dirakam CCTV terbabit ketika membuka pintu kenderaan itu pada jam 10.15 pagi kelmarin.

“Ketika kejadian, mangsa yang berusia 66 tahun sedang menikmati sarapan pagi di kedai berdekatan selepas selesai membaiki kereta.

“Dompet itu disimpan di dalam kenderaan tersebut yang dikunci menggunakan alat kawalan jauh,” katanya di sini.

Stanley memberitahu, warga emas berkenaan terkejut apabila mendapati pintu kereta di bahagian pemandu tidak berkunci ketika mahu pulang.

“Selepas diperiksa, ternyata dompet miliknya yang disimpan dalam kereta itu telah hilang.

“Anggaran kerugian ialah RM3,350 kerana dompek terbabit turut mengandungi kad ATM, kad pengenalan, lesen memandu, kad vaksin COVID-19, wang tunai berjumlah RM850 dan rantai emas  bernilai RM 2,500,” katanya.

Beliau berkata, suspek dan lokasi rumahnya berjaya dikesan selepas polis meneliti rakaman CCTV, menyebabkan dia berjaya ditangkap pada jam 4.45 petang hari yang sama,” katanya.

Pemeriksaan pada tubuh suspek jelas Stanley, berjaya menemui barang curi itu yang cuba disembunyikan pada bahagian hadapan seluar dipakai.

“Dia mengaku barang itu adalah dompet dicuri dari kereta mangsa dan semakan mendapati, suspek juga memiliki rekod lampau berkaitan kes curi,” katanya.

Susulan tangkapan, suspek direman di Balai Polis Sibu mulai semalam manakala kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. – Getaran, 20 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut